Menjejak Sang Neomaskulin (2008) Shah Alam, Malaysia: Buku Prima Publications

PRAKATA 'Menjejak Sang Neomaskulin'
Benih dan baja buku ini...

Benih buku ini, percaya atau tidak, mula bercambah sejak tahun 2002 lagi ketika saya mula menyumbang artikel untuk ruangan ‘Pendapat’ di majalah Maskulin. Kemudian pada tahun 2007 saya mula merancang secara serius untuk menulis sebuah buku tentang lelaki, untuk lelaki hari ini, berdasarkan penulisan di majalah popular, ruangan kaunseling dan nasihat ‘Bicara Neo Maskulin’ bermula lewat tahun 2005, dan juga projek penyelidikan yang pernah (dan sedang) saya jalankan untuk memahami pelbagai dilema, konflik serta masalah lelaki kontemporari sejak mula bertugas di akademia Malaysia. Tahun ini, akhirnya buku yang selama ini beku di peringkat perancangan dan difailkan di dalam laci angan-angan sahaja akhirnya menjadi realiti dalam masa dua bulan, iaitu Januari serta Februari 2008. Hasilnya adalah ‘Menjejak Sang Neomaskulin’ yang sedang anda baca dan saya berharap anda akan terus membaca buku ini sehingga tamat, tidak kira sama ada anda seorang lelaki mahupun wanita. Tetapi, apa sebenarnya yang dicakupi oleh buku ini dan kenapa ia perlu dibaca oleh setiap individu baik lelaki mahupun wanita?

Sebagai seorang lelaki (kali terakhir saya periksa) sudah lama saya berfikir tentang diri saya sebagai lelaki dan bagaimana dunia di sekeliling saya menyumbang kepada identiti gender lelaki. Pada masa yang sama, lelaki juga sudah lama berusaha untuk mengubah dunia bermula sejak zaman prasejarah lagi. Hubungan refleksif di antara kaum lelaki dan dunia di sekeliling mereka adalah suatu fenomena yang menarik untuk dikaji dan diteliti, tambahan pula pada detik ini di seluruh dunia terutama sekali di negara maju, telah ramai penyelidik pakar dan saintis sosial yang menyumbang kepada pengetahuan kita tentang lelaki moden yang hidup pada era pascamilenium. Walau bagaimanapun, hakikatnya tidak ramai lelaki yang mempunyai masa serta ruang untuk membaca dapatan penyelidikan terbaru tentang gender lelaki. Menjejak Sang Neomaskulin cuba untuk membawa ilmu dan maklumat ini kepada anda, dengan cara penyampaian yang tidak terlalu teknikal dan tidak pula terlalu serius – ini adalah baja yang menyuburkan semangat saya ketika cuba menyiapkan draf manuskrip buku ini.

Dalam erti kata lain, seperti buku yang telah saya tulis sebelum ini Menjejak Sang Neomaskulin sedang meneruskan agenda motivasi telah mati saya, yang cuba mencari jalan tengah di antara penyelidikan akademik dan penulisan media popular –jalan yang sudah lama diteroka oleh ahli akademik tersohor di negara maju dalam usaha mereka membudayakan ilmu pengetahuan melalui penyampaian yang berkesan kepada setiap lapisan masyarakat. Fokus utama buku ini adalah dilema, konflik dan masalah gender lelaki berdasarkan empat komponen utama kewujudan lelaki – fizikal dan luaran, sosial dan antara individu, emosi dan rohani, serta nilai dan sistem kepercayaan – dalam konteks kehidupan lelaki moden di Malaysia khasnya. Diharapkan buku ini kelak akan dapat membawa ilmu serta maklumat dengan darjah kebolehpercayaan dan keesahan yang tinggi kepada kaum lelaki dan sesiapa sahaja yang berminat untuk memahami dunia lelaki kontemporari dengan gaya penulisan yang tidak terlalu formal dan teknikal.

Di setiap penggal buku ini ada rujukan utama yang telah menjadi asas penyediaan penulisan saya untuk penggal berkenaan. Bahan rujukan ini boleh anda jadikan sumber pembacaan lanjut jika anda mempunyai akses, masa dan ruang agar anda boleh mengenali lelaki neomaskulin dengan lebih dekat dan rapat. Untuk pengetahuan anda juga, hampir kesemua contoh dan misalan di awal atau pertengahan setiap penggal buku ini diolah semula dari dilema, konflik dan masalah sebenar yang telah diceritakan kepada saya oleh lelaki dari demografi (agama, bangsa, umur, status, taraf hidup, tempat tinggal) yang berbeza sama ada melalui e-mel, panggilan telefon atau pertemuan empat mata. Sebagai tanda hormat dan demi kerahsiaan klien, nama dan latar belakang mereka telah disunting keluar, akan tetapi ia tidak mengubah kenyataan bahawa hampir kesemua isu dan topik yang diutarakan di dalam buku ini adalah berdasarkan dilema, konflik dan masalah yang benar-benar dihadapi oleh lelaki seperti anda dan juga saya.

Ingin saya terangkan sedikit tentang cara dan gaya penulisan Menjejak Sang Neomaskulin. Pertama, sejauh mungkin Bahasa Malaysia telah digunakan untuk melestarikan bahasa kebangsaan kita berdasarkan kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi terbaru. Namun begitu, kerana bidang ilmu gender dan kajian lelaki masih agak baru dalam masyarakat kita, ada kalanya saya selitkan perkataan dari Bahasa Inggeris yang boleh menerangkan tentang sesuatu fenomena, isu atau topik dengan lebih jelas dan jitu. Kedua, anda akan berjumpa banyak tanda soalan di semua penggal buku ini kerana soalan yang diajukan menjemput anda sebagai pembaca untuk berinteraksi dengan apa yang ditulis dan untuk membuat keputusan atau penilaian anda sendiri. Diharapkan soalan yang ditanya tidak mengganggu fokus pembacaan anda sambil memberi peluang kepada anda untuk berfikir secara kritis, menyokong atau menolak, apa yang disampaikan di setiap penggal. Akhir sekali, ingin saya terangkan tentang penggabungan perkataan di dalam buku ini seperti kasih-cinta dan teman-kekasih. Gabungan perkataan ini hanya bertujuan memberi gambaran yang lebih realistik tentang fenomena perasaan (kasih-cinta) dan juga peranan yang dimainkan oleh dua insan yang saling menyayangi (teman-kekasih). Saya hampir pasti anda tidak akan bertemu dengan gabungan perkataan ini di dalam mana-mana kamus.

Akhir kata, kepada anda yang sudi membaca ‘Menjejak Sang Neomaskulin’, terima kasih saya kepada anda dan semoga anda puas membaca buku ini seperti mana saya berasa teruja ketika menulisnya. Sesungguhnya, tidak ada seorang pun lelaki yang boleh digelar sang neomaskulin sejati, akan tetapi semua lelaki di muka bumi ini termasuk juga anda dan saya, boleh belajar untuk berubah dan membawa diri ke arah yang lebih baik, berdasarkan acuan dan aspirasi lelaki neomaskulin. Terima kasih sekali lagi dan salam hormat saya ucapkan, dari ruang hati yang paling dalam.

AIRIL HAIMI MOHD ADNAN
Februari 2008



* Penggal 'Lelaki akan pupus? Kenapa? Bila?'
dari buku Menjejak Sang Neomaskulin (2008)
sila klik untuk membaca fail pdf penggal dari buku ini

* Penggal 'Neomaskulin, lelaki (sejati) pascamilenium?'
dari buku Menjejak Sang Neomaskulin (2008)
sila klik untuk membaca fail pdf penggal dari buku ini

* Penggal 'Aduhai... sukarnya untuk menjadi sang neomaskulin!'
dari buku Menjejak Sang Neomaskulin (2008)
sila klik untuk membaca fail pdf penggal dari buku ini

Continue reading? Teruskan membaca?

2nd TNTT editorial - Theme and 'Menjejak Sang Neomaskulin'

This is the second editorial of TNTT coming to you 'live' from the island of Penang, Malaysia - here to visit me brother and sister-in-law with the whole family aside from registering for the IELTS exams at British Council.

The feel and look of TNTT has changed as i am not using a different template - Minima Magz 1.0. The previous newspaper style layout works well with the newer IE but anyone who's still using Windows XP (like me and billions more) will have trouble viewing the right sidebar, which will annoyingly appear at the bottom of the page (and not on the right side)!

Naked self promotion - 'Menjejak Sang Neomaskulin' kini di pasaran! Manuskrip ketiga ini akhirnya menjadi buku pertama. Lihat segmen 'Produk' di laman web rasmi Buku Prima dan buku ini juga boleh didapati di MPH, Kinokuniya KLCC dan kedai buku besar lain. Sayangnya di Popular khabarnya belum ada. Harga RM16.50.

Be on the lookout for a blog entry on Menjejak Sang Neomaskulin on TNTT very very soon (plus a few sample chapters online)!

Continue reading? Teruskan membaca?

Sifat pemarah dalam diri lelaki yang mudah marah!

Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Julai 2008


Marah? Siapa yang tidak pernah marah seumur hidupnya? Rasanya semua individu, tidak kira lelaki atau wanita pernah marah akan sesuatu, marah kepada seseorang, waima dirinya sendiri. Marah adalah emosi semulajadi yang jarang dapat kita elakkan dan ia sukar untuk dikawal.

Tetapi, apa pula kisahnya apabila rasa marah beraja di hati hingga mencengkam jiwa? Banyak label yang diberikan kepada lelaki yang pemarah, contohnya gengster tahi minyak, kaki gaduh, kepala angin, panas baran dan beberapa cop lain yang mempunyai konotasi yang agak negatif.

Dipendekkan cerita, lelaki yang mudah berasa marah adalah termasuk di dalam golongan individu yang kurang stabil kerana kadang kala lelaki seperti ini boleh membawa bahaya kepada orang lain (dan juga dirinya sendiri tanpa disedari). Masalah yang paling besar apabila seorang individu sedang berasa marah adalah hilang daya kemampuan untuk berfikir serta membuat pertimbangan secara rasional.

Bayangkan dilema serta kerumitan yang mungkin timbul jika kemarahan yang sedang membuak di dada seorang lelaki ‘disembur’ kepada orang lain yang berada di sisinya seperti isteri, anak atau teman sekerja lelaki tersebut. Seperti lumrah, penyesalan hanya akan hadir setelah nasi bertukar menjadi bubur hingga akhirnya kering menjadi kerak dan hangus…

Bicara Julai ‘08

“Ada tak cara paling berkesan nak kurang rasa marah? Hari tu saya marah sangat pasal hal tempat kerja sampai terbawa ke rumah. Saya terlampau marah sampai nyaris terpukul anak bongsu saya yang kebetulan hari tu asyik meragam. Tuhan saja tau betapa lega hati saya tak terbuat perangai ganas macam tu. Memang saya bengis sikit kata orang, kat tempat kerja, bos pun pernah kena bentak dengan saya! Kadang-kadang rasa macho juga dan lega lepas marah. Tapikan, saya sedar itu bukan cara terbaik luahkan rasa marah dan tindakan tu bodoh sebab boleh makan diri saya sendiri satu hari nanti. Apa kata Tuan?”

Ridwan Rafie
Pinggir Ibu Kota


Apa kata saya?Tentunya cara yang diambil Ridwan untuk melepaskan kemarahannya bukan cara yang terbaik dan ia bukan cara yang produktif untuk mengurangkan kemarahan yang membakar di dadanya. Tetapi saya yakin, Ridwan sendiri sedar tentang perkara ini seperti juga ramai lelaki lain yang mungkin dicop sebagai kepala angin dan panas baran.

Jika diperhalusi, melepaskan rasa marah sesuka hati kita boleh membawa bencana yang lebih besar misalnya, jika seorang lelaki yang sedang marah akhirnya bertindak agresif dan ganas di luar batasan. Ini kerana tindakan fizikal yang melampau sering kali menyusul apabila rasa marah berada di luar kawalan diri.

Akan tetapi, daripada pengalaman saya sendiri apabila kita sedang amat marah, semua perkara rasional seakan-akan ‘terpadam’ sebentar daripada ingatan. Kadang-kadang seperti kita dirasuk oleh hantu atau syaitan, sebilangan kaum lelaki mudah menjadi berang apabila berasa amat marah hingga pintu boleh ditumbuk, televisyen boleh disepak, barang-barang kaca dapur boleh dibaling hingga hancur.

Dan seperti biasa, penyesalan yang datang selepas rasa marah itu reda – lazimnya sudah terlambat. Mula melatih diri untuk bersabar dari detik ini Meminta seorang lelaki yang sedang marah untuk bersabar, ada kalanya tidak ubah seperti mencurah air ke dalam kuali dengan minyak panas.

Ada pula waktunya, si polan yang meminta lelaki itu bersabar pula akan menjadi mangsa tangan atau kaki lelaki berkenaan! Ertinya di sini, nilai kesabaran harus datang dari dalam diri lelaki berkenaan. Biar betapa lama masa yang diambil dan tanpa memberi terlalu banyak alasan, saya, anda serta mana-mana lelaki yang mudah berasa marah perlu belajar dan terus-menerus melatih untuk bersabar dan membantu meredakan kemarahan dalam diri.

Langkah mudah adalah seperti menjauhkan diri daripada individu atau situasi yang membuatkan kita marah untuk beberapa ketika. Minta juga ‘disedarkan’ oleh orang di sekeliling kita ketika kita sedang marah agar kita boleh berhenti sebentar untuk menarik nafas dan meredakan keadaan.

Dan jangan lupa aktiviti kerohanian dan keagamaan untuk melemahkan nafsu marah yang mudah menyerang seorang lelaki. Dengan melakukan ibadah contohnya, pasti dapat melegakan hati yang mudah diserang rasa marah yang kronik.


Ikuti sepenuhnya artikel menarik dari saintis sosial, pensyarah dan pakar perunding kebangsaan dan antarabangsa yang berpengalaman luas ini, dalam MASKULIN JULAI 2008 tentunya!

Continue reading? Teruskan membaca?

1st TNTT editorial - The New Teech Times scope and coverage

This is the first official entry of The New Teech Times or TNTT. After weeks of fine tuning and tweaking the Blogger system, i think i'm finally happy with the look of this weblog... i think. Two things worth mentioning are the domain name www.airil.info which will house TNTT instead of the usual Blogspot domain, and 31st of May as the official launch date of the domain.

TNTT will cover the more 'global' side of what i write and think, and Blog @ TeechConsult will be a bit 'personal' is the sense that what is presented are mostly unpublished works and also musings that would never get published anywhere else other than on the net (of course).

From time to time TNTT will also cover the topic of 'shameless self promotion' to promote articles, books and others that i produce. Yang paling utama adalah penggunaan Bahasa Malaysia dan juga Bahasa Inggeris untuk setiap artikel yang dimuat naik di TNTT untuk manfaat pembaca dan juga kerana banyak bahan yang ditulis adalah di dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia.

Selamat membaca. Happy reading.

Continue reading? Teruskan membaca?

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *