Alasan yang diberi adalah menyelamatkan bangsa, tetapi seperti biasa umum kurang sedar bahawa konsep bangsa atau ras (race) adalah sesuatu yang sudah lapuk dan tidak lagi releven dalam dunia kontemporari yang terlalu hebat persaingannya. Malah, ahli masyarakat umum yang masih lagi tidak dapat menerima konsep 'persaingan' adalah mereka yang akan gagal atau paling tidak, menjadi jaguh di dalam kampung atau daerah sendiri.Konsep persaingan sudah termaktub di dalam evolusi hidupan di muka bumi. Walaupun seperti biasa ramai yang akan menentang teori evolusi kerana ia mencadangkan bahawa manusia berasal dari monyet - itu hanyalah salah satu dari buah fikiran Darwin tentang evolusi. Banyak lagi sebenarnya yang beliau perkatakan tentang proses evolusi hidupan yang boleh kita terima pakai dan tidak bertentangan dengan ajaran Tuhan. Salah satu prinsip utama evolusi adalah (percaya atau tidak) persaingan.
Spesies hidupan yang lemah dan tidak dapat bersaing, akan menjadi semakin lemah hingga diancam kepupusan. Sama ada kita suka atau tidak, benci atau marah, malah apa saja hujah moral yang kita berikan - spesies yang terlalu lemah, tidak akan berupaya bersaing untuk terus hidup. Maka, sama ada kita sedar atau tidak, sekumpulan manusia yang terlalu lemah dan tidak dapat bersaing juga mungkin akan menghadapi situasi yang sama. Mungkin.
Maka, pada hari perarakan melaungkan kata-kata semangat demi bangsa/ras itu, mereka yang benar-benar percaya dengan ketuanan bangsa/ras mereka, tidak ubah seperti dinosaur yang sedang menanti kepupusan. Realitinya, yang lebih kekal dan paling utama menjadi ukuran kehebatan seorang manusia adalah kualiti individu itu sendiri. Sebagai saintis sosial, kami gelarkan fenomena ini kualiti keindividuan (atau individualist quality).
Tidak kira siapa pun kita, walau berbeza warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - yang utama dan mengatasi segala-galanya adalah individu itu sendiri. Dialah yang mampu menunjukkan kemampuan atau ketidak-mampuan dirinya. Dialah yang boleh membuktikan kepintaran atau kebodohan dirinya. Dialah yang akan menentukan jalan hidupnya kelak, contohnya dalam mengejar kerjaya impian dan memastikan bahawa dunia sedar bahawa dia adalah calon terbaik untuk suatu karier hebat.
Pada ketika itu nanti yang ditanya oleh penemu duga, bukanlah warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - tetapi yang akan menjadi persoalan adalah kelayakan, kemampuan dan pengalaman diri yang ada.
Soalannya mudah, jika dia tidak pernah dapat bersaing di lapangan (dunia) sebenar dan tidak pernah pula diuji kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang ada - sejauh manakah kualiti individu itu dapat dilihat?
Dan, adakah dia memiliki kualiti keindividuan sebenar atau mungkinkah dia juga akan pupus dan hilang begitu sahaja dalam dunia global yang semakin hebat persaingannya? Entahlah. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui.
To be fair, not all of my undergrads joined in the demonstration because they believe in the 'cause' - letters from high above were sent to campuses asking these young minds to do what they did. Do not believe everything that you see and hear in the extremely biased local media - Ed.
Continue reading? Teruskan membaca?
Masanya sudah tiba untuk kita membezakan fakta sebenar dari pendapat kosong, penyelidik dari pengamal, pakar dari amatur – apabila kita membicarakan tentang dunia kanak-kanak kontemporari!
Fakta: Kajian Airil Haimi
Anda yang dihormati dijemput memberi input tentang cadangan kulit buku ini yang dengan izin Tuhan, akan berada di pasaran sebelum akhir 2008. Secara peribadi saya merasakan ia sudah cukup cantik, tapi agak kurang pasti dengan tajuk utama yang berwarna ungu.
Jalan yang dipilih harus sesuai dengan citarasa tetapi pada waktu yang sama ia perlu juga diseimbangkan dengan kebolehan dan kemampuan sebenar diri kita. Yalah, semua orang mahu menjadi kaya dan mungkin juga glamor, tetapi seperti yang kita tahu kekayaan bukan mudah dicari apatah lagi glamor. Biar apapun bentuk kerjaya impian yang dikejar, jangan sesekali menyerah kalah kerana itu bererti anda sudah gagal mengejar impian…
Mulakan dengan fikiran dan perancangan yang rasional
Lihat saja di kota besar, tanpa berselindung mereka tidak malu merangkul mesra pasangan atau menggenggam erat tangan kekasih di khalayak ramai. Mereka mungkin mampu 'menipu' pandangan walau berbengkung untuk menyembunyikan payu dara, namun realitinya keadaan biologi tetap seperti wanita lain-boleh mengandung dan melahirkan.