6th TNTT editorial - The New Teech Times v.2.0

Welcome to the new look TNTT! Subuh ini pada jam 5.30 pagi akhirnya semua artikel yang ada sebelum ini telah dapat diformat kembali sesuai dengan reka letak baru TNTT. Although it is just a design change, it took me nearly two whole weeks to tweak the new look and feel of TNTT as i am sure you have noticed if you logged onto this site.

My most sincere thank goes to one Mr Khal-id who, the artist that he is, told me that grabbing attention is all about design and presentation, apart from the substance. Thanks to him i decided to go for this new version of TNTT which by the way, mimics nicely the 'Albeo' template i have chosen as the new face of Blog@TeechConsult.

Thank you - all of you especially Airil in Brunei, Shy-fool, Kal-studio, and my BEL120 ex's - for your kind support, tunggu dan lihat artikel-artikel terbaru dan yang diberi nafas baru dalam masa terdekat ini di The New Teech Times!

Updated: January 1st, 2009, 0238 hours

I forgot to mention that the new look TNTT also boasts of a 'read more' code together with a new look right sidebar. Please leave a comment if there are broken links, the page loads too slowly for your liking, etc... I'd love to hear all your comments!

Continue reading? Teruskan membaca?

Lelaki lembut, mak nyah, mat kepit, pondan, sotong... siapa mereka?

Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Julai 2006

Tulen, Tiruan, Kurang Pasti?

Apabila berbicara tentang gender dan seksualiti, semua orang mempunyai persepsi tersendiri tentang fenomena sosial ini. Bila membaca tajuk bulan ini, apa persepsi anda tentang topik yang bakal dikupaskan? Bulan ini kita akan melihat fenomena sosial yang dilabel sebagai lelaki feminin atau lembut (effeminate males).

Jika anda seorang neo maskulin yang berperwatakan lembut, anda harus terus membaca agar persepsi semakin jelas. Jika anda melihat diri sebagai lelaki macho, nah ini peluang untuk memperbetulkan persepsi anda tentang lelaki yang tidak begitu kelihatan seperti lelaki stereotaip.

Topik ini dipilih kerana ia bidang kajian saya dan kerana setiap minggu akan ada 1-2 emel atau MMS yang bertanyakan tentang lelaki lembut, lelaki gay, lelaki homoseksual, biseksual dan bermacam jenis lelaki lagi. Tetapi, kita akan hadkan kepada lelaki lembut sahaja, untuk bicara kali ini.

Bicara Julai ‘06

Pertama: “Biar aku terus-terang, aku lelaki tapi aku tak macam lelaki. Aku suka benda yang keperempuanan, di sekolah menengah dulu aku selalu dipukul budak lain dan dipanggil Nyah. Aku memang tertarik kat lelaki tapi aku ingat Tuhan. Famili aku pun tak bising suruh kahwin. Aku takut kalau aku tergoda dekat lelaki, lelaki memang kuat menghina tapi suka sangat goda. Apa jadi kalau aku tertewas?”

Dari AINUL, Johor

Kedua: “Tak siapa sangka saya akan lahir macam ni. Mungkin dulu Mama nak sangat anak perempuan, sekarang saya macam ni. Saya belajar di universiti, tapi rasa macam neraka. Ada saja yang hina dan kutuk golongan kami, lebih-lebih lagi pensyarah dan yang mengaku alim. Saya pernah terjebak dengan lelaki masa sekolah, tapi sekarang saya dah berhenti. Kenapa orang benci sangat lelaki macam kami?”

Dari JERRY, Bangsar

Pertama sekali, ada satu perkara yang perlu diperjelaskan. Sebenarnya anda langsung tidak bersalah jika anda seorang lelaki yang berperwatakan agak feminin, itu adalah sebahagian daripada kepelbagaian gender (gender diversity) yang sudah banyak dan sudah lama dikaji oleh saintis sosial.

Tetapi harus diingat, pegangan liberal bahawa tidak salah menjadi feminin sama sekali tidak boleh disalah-ertikan bahawa tidak salah juga jika seorang lelaki menjadi gay atau homoseksual. Perkara ini telah ditegaskan dalam kitab-kitab suci semua agama di dunia kerana hubungan sejenis antara lelaki melanggar hukum tabii.

Aneh, bukan? Memang terdapat banyak titik percanggahan (points of contradiction) dalam kajian gender dan seksualiti. Kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Asia yang mementingkan nilai agama dan moral, harus berpegang dengan tali suci itu. Yang salah tetap salah. Bagaimanapun, adakah salah jika anda lelaki feminin? Apa implikasinya dalam hidup anda sehari-hari?

Yang feminin tidak semestinya gay atau homoseksual!

Memang ramai yang salah faham dan mempunyai persepsi kabur tentang fenomena lelaki feminin. Mereka merasakan ia suatu kejanggalan sosial dan lelaki seperti itu harus dihapuskan dari muka bumi atau diperbetulkan agar mereka kembali normal. Tetapi, seperti apa yang dikongsi oleh Ainul, lelaki normallah yang banyak membawa duka nestapa dalam hidupnya. Malah mereka yang menggoda Ainul agar menjadi homoseks.

Dalam masa yang sama, ada juga lelaki feminin yang pernah atau sedang terlibat dengan hubungan sejenis, tetapi tidak semestinya begitu. Malah, dengan kesedaran sendiri lelaki seperti Jerry boleh mengubah jalan hidupnya walaupun dia masih lagi dibenci dan dicaci oleh orang lain yang tidak mengerti.

Dari pengalaman dan penyelidikan saya, lelaki feminin yang menjalin hubungan sejenis tidak begitu faham tentang orientasi seksual mereka dan mereka secara tidak langsung telah terjebak kerana godaan lelaki normal dan ditambah nafsu mereka sendiri terhadap kaum maskulin.

Lelaki feminin juga normal dengan cara tersendiri

Sesiapa sahaja yang terus mencaci serta menghina golongan lelaki feminin, adalah orang yang bodoh dan sombong. Mereka bodoh kerana tekanan jiwa yang mereka berikan kepada Jerry mungkin akan memaksanya kembali menjadi homoseksual. Dan, lelaki yang sering mengganggu lelaki feminin seperti Ainul agak sombong kerana mereka gay sebenar yang dapat menutup rahsia dari segi perwatakan atau tuturkata.

Jika anda seperti Ainul dan Jerry, anda tidak keseorangan dan pastinya ada teman yang memahami keadaan anda. Anda juga normal tetapi anda dibenci oleh kerana ramai ahli masyarakat masih buta dan ada segelintir yang bertindak lebih gila kononnya untuk menjadikan anda lelaki normal pada kacamata mereka.

Kuatkan semangat kerana Tuhan lebih memahami keadaan anda dan anda mempunyai potensi untuk meneruskan hidup seperti orang lain. Malah anda punya kelebihan tersendiri yang membolehkan anda berjaya dalam bidang-bidang yang sebelum ini hanya diceburi oleh kaum wanita sahaja.

Dunia ini tidak berpaksi di atas hubungan seksual

Ramai lelaki feminin yang saya temui mengatakan mereka tidak boleh menahan diri dari terjebak dengan hubungan sejenis. Sebenarnya perkara ini tidak benar dan Ainul serta Jerry perlu memahami di mana letaknya garis sempadan yang tidak boleh mereka seberangi sama sekali.

Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam jangka hayat manusia, akan anda masanya apabila seorang lelaki atau wanita menjadi tertarik (curious) kepada kaum sejenis terutama di peringkat kanak-kanak atau awal remaja. Fenomena ini berlaku semasa pembentukan personaliti. Ia sesuatu yang normal dan tidak harus berlanjutan hingga hubungan di luar tabii berlaku.

Dalam erti kata lain, kenapa harus segalanya berkisar mengenai seks semata-mata? Dunia ini maha luas dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh seseorang yang pro-aktif. Maka, alasan bahawa anda ‘tidak tahan’ melihat lelaki lain perlu diperhalusi kerana jika difikir secara rasional lelaki juga berkehendakkan wanita tetapi itu tidak semestinya berakhir di ranjang pada setiap masa dan ketika, bukan?

Masih kurang pasti, tentang gender dan seksualiti?

Hilangkan segala rasa sangsi dan berbanggalah menjadi diri anda yang sebenar. Lembut atau kerasnya seseorang bukan kayu pengukur kehebatan personaliti atau kemurnian hati. Memang mudah untuk orang lain mencaci atau menghina lelaki feminin, tetapi mereka sendiri tidak pernah tahu bagaimana rasanya menjadi lelaki lembut. Dan, mustahil persepsi salah mereka boleh diubah.

Buat Ainul dan Jerry serta lelaki feminin lain di luar sana, anda lebih mengerti tentang keadaan hidup anda sendiri. Tetapi, ingat bahawa banyak perkara lain yang agak lebih menarik dari memikirkan orientasi seksual setiap enam saat. Anda lebih bijak dan lebih tahu dari kami yang tidak mengerti dan anda perlu menentukan arah hidup yang membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia ini, dan pastinya selepas mati.

Sebagai seorang Saintis Sosial, memiliki serangkai kelulusan akademik dengan pengalaman penyelidikan serta sebagai pakar rujuk, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di televisyen, radio, akhbar dan majalah beliau sering berkongsi kepakaran dalam multi-disiplin Ilmu Kaunseling, Psikologi, Sosiologi, Linguistik, Pendidikan, serta cabang ilmu lain.

Continue reading? Teruskan membaca?

5th TNTT editorial - Alkisah Hang Nadim si kecil yang pintar cerdas

Jangan sesekali kita terlupa kisah Hang Nadim dan bagaimana dia dibunuh kerana dia seorang anak pintar cerdas oleh sebilangan orang Melayu, kaumnya sendiri yang kuat berdengki laknat sesama sendiri. Agak aneh juga bila difikirkan, lagenda Hang Tuah yang gagah perkasa namun tidak dapat berfikir untuk dirinya sendiri hingga dia sanggup menerima arahan untuk membunuh saudaranya Hang Jebat (yang pada dasarnya menuntut keadilan bagi dirinya) - sering dijadikan hikayat kebanggaan, namun Hang Nadim seakan-akan sudah hilang dari memori rumpun Melayu di rantau sebelah sini.

Beberapa persoalan terbuka tentang hikayat Hang Nadim yang perlu kita fikir-fikirkan:

Tentang Melayu dan Kemelayuan...

Adakah lumrah orang Melayu untuk berdengki khianat terutama sekali kepada saudara seagamanya WALAUPUN yang dikhianat itu hanya seorang anak kecil yang baru melepasi usia praformal?

Tentang usia serta kematangan...

Mungkinkah umur lanjut menjadikan kita semakin keras, kepala, sombong dan lupa daratan hingga kita tidak mampu menerima idea dan teguran dari mereka yang lebih muda WALAUPUN mungkin mereka di pihak yang benar?

Tentang baka kepintar-cerdasan...

Dapatkah kita bayangkan jika Hang Nadim diperlakukan begitu sadis, bagaimana pula dengan kanak-kanak pintar cerdas Malaysia hari ini seperti Adi Putra serta Chan Yaoban yang dipinggirkan?

Original source en Wikipedia, further edited by the Teech:

In Sejarah Melayu, Hang Nadim was a Malay boy of great wisdom who saved Temasek, now called Singapore, from attack by shoals of swordfish, attacks which cost many indigenous Malays their lives. It is mentioned in the traditional accounts that the attack was a curse because the reigning Sri Maharaja had ordered the death of a pious man called Tun Jana Khatib. The name Khatib Camp off Sembawang Road, Singapore is derived from this name. It is said that Khatib Camp is where the execution of Tun Jana Khatib took place. To fend off the attacks, Hang Nadim advised the ruler of Temasek, the Sri Maharaja to build a wall of banana stems along the shores of Temasek. The effort was successful as the swordfishes' snouts were trapped by the barricade of banana stems.

According to legend, the place Tanjong Pagar in modern day Singapore takes its name from the barricade. In the Malay language, tanjong pagar or tanjung pagar means "cape of stakes". The boy's contribution earned him great respect as well as envy in the royal court. This made several individuals in the royal court fear the possibility that Hang Nadim might threaten their influence. In the end, they convinced the local ruler to execute the boy, and he was thrown ALIVE into the sea. He was only seven years old at the time of death. Today, the Hang Nadim International Airport in Batam, Indonesia is named after the boy.


Al-Fatihah to Hang Nadim, and may we never ever again let such a horrific and terrible episode be repeated in our lifetime - Ed.

Continue reading? Teruskan membaca?

English is rubbish... really! Just don't study English, okay? Stop NOW!!!

"No need for English?" by Airil Haimi Mohd Adnan
in the Star newspaper's Education supplement


An article entitled ‘Poor English A Drawback’ (The Star, May 9, 2004) talked about the lack of English proficiency among Malay graduates. As an academic at a predominantly Malay university, I have had plenty of opportunities to teach my students the language. I question the assumption that Malay students are bad learners of English.

It is not a question of whether Malay students lack the confidence or are shy when they have to use the language, as the article asserted. The real issue here is about relevance – how can we make Malay students see the relevance of the language in their lives?

Let's face reality. You will neither starve to death nor get hopelessly lost in Malaysia if you are unable to speak English. Outside the small pockets of English-speaking communities, Malaysians are likely to resort to their first language to communicate. It is more natural and helps us to identify with our ‘own’ people.

So what can one do to make English mean something, anything, to students? Well, I constantly remind them to speak in English during lectures. In this way, I find that slowly, even those who are initially reluctant to use the language, can be coerced to use it.

Perhaps I am lucky because I teach 'English for Occupational Purposes'. My students have a real need to understand and use the language. Explaining the finer points of telephone conversations, ways to make oneself heard in presentations and handling complaints on products and services means English is relevant and ‘real’ to them.

Research suggests that students find it hard to master English because they have no real use for it. Those who are proficient are avid readers, love to watch English cartoons on television, or are trained to speak English from young by their parents. In other words, learners learn English when there is a real reason to do so.

My students all agree that it's more fun to practise English when they have a purpose to achieve. Students are sometimes too immune to all the 'good' things that mastering a foreign language can bring - sometimes some of them could not care less about this.

At tertiary level, we should stop talking about the benefits of learning English. Just let the students have fun with the language – with a communicative purpose, of course! Now my only misgiving is this. Once my students finish their course, they will be sent out for industrial placement for a semester. If I could, I would not let them do so.

Do you know why? Because, when some of them returned to me for their last semester after their stint in the 'real world', I find that their English had deteriorated. I am still collecting data on this strange phenomenon.

But my hunch is that when the students go out to the workplace, they do not get the chance to speak English. Sometimes, speaking in English is actually frowned upon, depending on the institution one works for.

If it is the government sector, you know what to expect. But strangely enough, even in some private companies, English is simply not used, especially when the majority race owns the business. So, the circle comes full cycle for my Malay undergraduates.

Seriously then, can you blame them if their English is bad?


This editorial response was published in the Star Newspaper's Education supplement on Sunday, July 25, 2004 - Ed.

Continue reading? Teruskan membaca?

Your personality: positive attitude for personal outlook

Excerpt from 'Working English', a working title for a manuscript
by Airil Haimi Mohd Adnan


Having a positive attitude, can actually bring about positive outcomes. It is not just about positive thinking, but about taking positive actions so that the outcomes would be positive too. There are many things you can do to assure that your attitude is the very best it can be, whatever the situation. Here are five recommendations:

Number one, whatever challenges you face, focus on the future rather than on the past (although this is a really difficult challenge for most of us).

Do not just worry about who did what and who is to blame, focus on where you want to be and what you want to do to make things better. You must get a clear mental image of your ideal successful future, and then take whatever action is necassary to begin moving in that direction.

Number two, whenever you’re faced with a conflict, dilemma or problem, you need to focus on the solution rather than the problem.

Think and talk to yourself about the ideal solution, rather than wasting time reflecting on the situation but not doing anything about it. Solutions are inherently positive, whereas problems are always negative. You need to become a positive and constructive human being, by not limiting yourself all the time.

Number three, assume that whatever situation you are facing at the moment is exactly the right situation you need to grow and become better. 

Sometimes we do not realise that certain situations happen for a reason, and those situations have chosen us, not the other way round. Of course sometimes we do silly things and land in hot soup, but still try to learn from it (so that at least in the future, you will not be damned to repeat it).

Number four, make sure to note down whenever you have a goal that is unachieved, a difficulty that is unresolved, or a problem that is blocking you from getting where you want to go.

Leave them be for a while, and then come back to them when you are more relaxed and focused. Just don't let them get in the way of your life's momentum. You should not just sit down and become angry or sad, right?

And number five, don't think too much. Thinking is good, but if you think too much without really going anywhere you will only make things worse.

For example, you will become afraid to try out new things or you don't want to meet new people because you think that they might not like you. So, take things easy and live one day at a time. You are sure to find that your life is happy and fulfilling!


I am not one for 'motivational' articles as i think most of them are rubbish. But consider the five points above, if you would like to enlighten your personal psychology. By the way, this is an excerpt from a book that i have been working on for many years now entitled 'Working English'- Ed.

Continue reading? Teruskan membaca?

4th TNTT editorial - Ras, persaingan, kualiti keindividuan

Hari itu tidak ubah seperti hari-hari yang lain kecuali di luar tingkap, siswa dan siswi yang selama ini cuba kami 'tenggelamkan' di dalam suasana keilmuan terlihat tidak ubah seperti segerombolan ahli kesatuan sekerja yang sedang memprotes sesuatu yang mereka sendiri tidak mengerti. Apa pun, sekurang-kurangnya kami yang kuat bersyarah tahu bahawa tidak semua mereka melakukannya secara rela kerana semua ini adalah di bawah arahan, dan siswa/i mana yang tidak mahu ponteng kuliah untuk bersama-sama berkumpul, bersembang serta bergembira dalam suasana meriah sebegitu?

Alasan yang diberi adalah menyelamatkan bangsa, tetapi seperti biasa umum kurang sedar bahawa konsep bangsa atau ras (race) adalah sesuatu yang sudah lapuk dan tidak lagi releven dalam dunia kontemporari yang terlalu hebat persaingannya. Malah, ahli masyarakat umum yang masih lagi tidak dapat menerima konsep 'persaingan' adalah mereka yang akan gagal atau paling tidak, menjadi jaguh di dalam kampung atau daerah sendiri.

Konsep persaingan sudah termaktub di dalam evolusi hidupan di muka bumi. Walaupun seperti biasa ramai yang akan menentang teori evolusi kerana ia mencadangkan bahawa manusia berasal dari monyet - itu hanyalah salah satu dari buah fikiran Darwin tentang evolusi. Banyak lagi sebenarnya yang beliau perkatakan tentang proses evolusi hidupan yang boleh kita terima pakai dan tidak bertentangan dengan ajaran Tuhan. Salah satu prinsip utama evolusi adalah (percaya atau tidak) persaingan.

Spesies hidupan yang lemah dan tidak dapat bersaing, akan menjadi semakin lemah hingga diancam kepupusan. Sama ada kita suka atau tidak, benci atau marah, malah apa saja hujah moral yang kita berikan - spesies yang terlalu lemah, tidak akan berupaya bersaing untuk terus hidup. Maka, sama ada kita sedar atau tidak, sekumpulan manusia yang terlalu lemah dan tidak dapat bersaing juga mungkin akan menghadapi situasi yang sama. Mungkin.

Maka, pada hari perarakan melaungkan kata-kata semangat demi bangsa/ras itu, mereka yang benar-benar percaya dengan ketuanan bangsa/ras mereka, tidak ubah seperti dinosaur yang sedang menanti kepupusan. Realitinya, yang lebih kekal dan paling utama menjadi ukuran kehebatan seorang manusia adalah kualiti individu itu sendiri. Sebagai saintis sosial, kami gelarkan fenomena ini kualiti keindividuan (atau individualist quality).

Tidak kira siapa pun kita, walau berbeza warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - yang utama dan mengatasi segala-galanya adalah individu itu sendiri. Dialah yang mampu menunjukkan kemampuan atau ketidak-mampuan dirinya. Dialah yang boleh membuktikan kepintaran atau kebodohan dirinya. Dialah yang akan menentukan jalan hidupnya kelak, contohnya dalam mengejar kerjaya impian dan memastikan bahawa dunia sedar bahawa dia adalah calon terbaik untuk suatu karier hebat.

Pada ketika itu nanti yang ditanya oleh penemu duga, bukanlah warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - tetapi yang akan menjadi persoalan adalah kelayakan, kemampuan dan pengalaman diri yang ada.

Soalannya mudah, jika dia tidak pernah dapat bersaing di lapangan (dunia) sebenar dan tidak pernah pula diuji kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang ada - sejauh manakah kualiti individu itu dapat dilihat?

Dan, adakah dia memiliki kualiti keindividuan sebenar atau mungkinkah dia juga akan pupus dan hilang begitu sahaja dalam dunia global yang semakin hebat persaingannya? Entahlah. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui.


To be fair, not all of my undergrads joined in the demonstration because they believe in the 'cause' - letters from high above were sent to campuses asking these young minds to do what they did. Do not believe everything that you see and hear in the extremely biased local media - Ed.

Continue reading? Teruskan membaca?

Dunia Si Kecil Kontemporari's back blurb

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ back cover blurb
submitted to Marshall Cavendish Editions Int'l, just a few moments ago...

Terlalu banyak untuk dikaji dan diselidik tentang kanak-kanak, walaupun akal kita dan kepercayaan umum mengatakan bahawa (kita) orang dewasa tahu segalanya tentang mereka. Budaya dan sistem kepercayaan kuno ditambah dengan kesan negatif sesetengah imejan media massa serta pendapat segelintir individu yang mendakwa diri mereka ‘pakar’ kanak-kanak memerangkap ahli masyarakat dalam suatu kitaran kejam.

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ ingin menghentikan kitaran ini dan mengangkat darjat ilmu pembangunan kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi. Usaha ini perlu agar kita boleh mengakses ilmu terkini demi mengubah persepsi kabur dan terus membantu tumbesaran sambil menyokong perkembangan kanak-kanak kontemporari.

Masanya sudah tiba untuk kita membezakan fakta sebenar dari pendapat kosong, penyelidik dari pengamal, pakar dari amatur – apabila kita membicarakan tentang dunia kanak-kanak kontemporari!

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ wajib dibaca pasangan ibu bapa yang mahukan maklumat terkini tentang tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, penjaga kanak-kanak dan golongan guru bertauliah serta pengasuh sepenuh masa dan pendidik peringkat prasekolah yang ingin mengetahui tentang pendidikan formal si kecil.

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ juga wajib menjadi rujukan tambahan siswi dan siswa institusi perguruan, kolej serta universiti – malah sesiapa sahaja yang ingin membina pandangan dunia yang luas tentang kanak-kanak berdasarkan dapatan kajian dan fakta penyelidikan dari disiplin sains sosial khasnya, dan dari disiplin ilmu sains hayat amnya.

Semoga kita semua akan terus melangkah dan mengembara lebih jauh ke dunia kanak-kanak demi pembangunan diri dan potensi mereka. Sesungguhnya, hari ini kita sekadar meminjam dunia dari mereka dan mereka adalah pewaris dunia hari esok!


It is expected that the manuscript will go into print on September 1st, pending finalisations. Oh yes, as an aside, Dewan Bahasa dan Pustaka is awarding this book one of its coveted 'Hadiah Karya Ilmiah Negara' awards for the social sciences and humanities, for year 2007 - Ed.

Continue reading? Teruskan membaca?

Temu ramah dengan akhbar Berita Harian, ceraian 'XY', Sabtu 9 Ogos 2008

Tanya Pakar: 6 Formula Kerjaya Impian
oleh: Diyanah Anuar untuk akhbar Berita Harian, Malaysia

Airil Haimi kongsi tip mencari kerja

Mereka yang bergelar graduan tentu mengharapkan tawaran kerja sebaik tamat pengajian. Besar harapan andainya segulung diploma atau pun ijazah yang diusahakan selama ini melayakkan mereka menduduki jawatan idaman. Namun, untuk diterima masuk dalam pasaran kerjaya dalam dunia penuh persaingan bukanlah mudah, lebih-lebih lagi mendapat pekerjaan diminati atau sesuai dengan kelulusan.

Persaingan sengit para graduan untuk mendapatkan pekerjaan menyebabkan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) ‘membuka mata’ serta mengatur strategi mendapatkan pekerjaan impian sebaik tamat belajar.

Kolum Tanya Pakar minggu ini menemubual penyelidik Unitari Penyelidikan dan Aplikasi Intelek (UfoRIA), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Perak, Airil Haimi Mohd Adnan untuk berkongsi hasil penyelidikan serta tip si pencari kerja.

Huraikan gambaran sebenar situasi graduan dan kerjaya masa kini sehingga mendorong anda membuat penyelidikan?

Beberapa fakta menarik mengenai alam kerjaya hari ini dapat dikongsi. Ribuan graduan gagal mendapat kerja dalam tempoh enam bulan pertama selepas tamat pengajian. Ramai terpaksa memilih kerja yang bukan dikategorikan sebagai kerjaya dan bukan bidang kepakaran mereka. Setiap tahun, ketika musim graduasi di seluruh negara, sekitar puluhan ribu penuntut bergraduasi. Ini bererti peluang untuk mendapat kerjaya impian amat sukar kerana anda terpaksa ‘bertanding’ dengan ramai orang.

Sebarang penemuan mengenai fakta yang dikongsi ini?

Statistik menunjukkan sesetengah ‘kerjaya impian’ tinggal impian semata-mata kerana terlalu ramai yang berminat dengan kerjaya itu. Sebagai contoh, untuk jawatan Pegawai Tadbir Kerajaan, kira-kira 30,000 graduan memohon. Untuk pekerjaan profesional seperti di syarikat antarabangsa, tidak kurang dari 200 orang dari kumpulan amat layak, memohon untuk satu kerja yang sama.

Akhirnya, hanya calon yang ‘lebih dari layak’ akan dipanggil untuk menghadiri proses temu duga. Bagi syarikat antarabangsa yang menawarkan kerjaya menarik dengan bayaran gaji dan elaun lumayan, graduan mungkin terpaksa lulus ujian atas talian (online), lulus ujian saringan bertulis dan lulus temu duga akhir. Sesetengah syarikat juga meminta graduan menyediakan laporan peribadi sejak mereka berada di bangku sekolah rendah sebelum diterima kerja, ditambah dengan laporan peribadi dari kolej atau universiti.

Justeru, bagaimana agaknya cara seseorang graduan perlu mempersiapkan diri demi memperoleh kerjaya impian?

Dalam penyelidikan kerjaya impian ini, ada beberapa perkara yang perlu difokuskan sebagai persediaan. Ini yang dipanggil ‘Formula Kerjaya Impian’ atau FKI.

Boleh terangkan lebih lanjut mengenai Formula Kerjaya Impian ini?
Formula Kerjaya Impian adalah seperti berikut:

1. Latihan kemahiran insan (human skills) dan perkembangan proses komunikasi (communicability).

Segelintir graduan gagal dalam aspek Kemahiran Insan mereka. Mereka ini lazimnya tidak yakin berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa lain. Akibatnya, mereka langsung tidak dapat meyakinkan penemuduga ketika menghadiri temu duga.

2. Graduan perlu aktif dalam aktiviti di peringkat kampus, daerah, negeri, negara dan antarabangsa bersama sijil pembabitan.

Rata-rata graduan hanya mengejar diploma dan ijazah saja dan kurang aktif apabila menuntut di universiti berbanding ketika di sekolah menengah dulu sedangkan aktiviti luar kurikulum ketika di universiti bermanfaat dalam merealisasikan kerjaya impian.

3. Graduan digalak menyertai aktiviti komuniti dan kemasyarakatan secara sukarela (dan bukti bertulis).

Ada di antara graduan langsung tidak mahu terbabit dalam aktiviti komuniti serta sukarela kerana mereka tidak sedar, untuk syarikat gergasi antarabangsa, aktiviti seperti ini diberi markah tambahan ketika temu duga.

4. Graduan mestilah memperoleh Nilai Purata Gred Keseluruhan-PNGK (CGPA) tidak kurang daripada 3.00 dan 3.50 ke atas untuk memohon pekerjaan di firma antarabangsa. Bagi yang ingin memohon biasiswa pula harus memperoleh PNGK 3.75.

PNGK yang rendah akan menjadikan diploma atau ijazah graduan kurang bernilai di pasaran pekerjaan.

5. Memiliki kelayakan tambahan atau yang meliputi disiplin ilmu (dengan pensijilan).

Graduan yang membuat pelaburan tambahan dengan belajar sewaktu cuti semester contohnya, mudah mendapat pekerjaan dengan sijil tambahan yang mereka miliki.

6. Pengalaman menjalani latihan industri di jabatan kerajaan atau firma swasta ternama.

Latihan industri perlu dibuat di organisasi besar dan ternama sebagai nilai tambah apabila seorang graduan hendak mencari kerja, lazimnya perkara ini juga tidak diberi perhatian oleh penuntut serta fakulti mereka.

Saranan anda kepada graduan hari ini yang sukar mendapatkan pekerjaan?

Bagi yang tidak berjaya mendapat pekerjaan, mereka harus berfikir di luar kotak dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Jika mereka gagal mendapat kerja ‘makan gaji’, jangan mudah mengalah dan lebih rela menganggur dari cuba memulakan perniagaan sendiri secara kecil-kecilan. Dengan suasana ekonomi dunia yang semakin kurang stabil dan peluang pekerjaan terhad, graduan perlu faham dan ingat segala aspek FKI yang dikongsi sebagai senarai semak mereka dalam mengejar kerjaya idaman.

Buktinya, ada graduan yang sudah berjaya kerana mereka ‘lebih dari layak’ berdasarkan semua kriteria di dalam rajah FKI. Jika tidak, bayangkan penyesalan yang mungkin dirasai setelah bertahun-tahun bertungkus-lumus untuk mengejar segulung diploma atau ijazah, tidak ada satu pun kerjaya impian anda yang dapat direalisasikan. Memang sudah lumrah hanya sebilangan kecil graduan saja yang akan dapat mencapai kerjaya impian mereka, tapi bagaimana dengan anda?

Fakta: Kajian Airil Haimi

Penyelidikan lima tahun ini membina profil graduan yang berjaya mencapai impian mereka di alam kerjaya berbanding rakan lain. Airil Haimi menjejak perkembangan kerjaya graduan terpilih berdasarkan pencapaian akademik, kemahiran manusia (human skills) dan personaliti meyakinkan.

Airil Haimi kemudian menghasilkan formula lengkap yang boleh menjadi panduan penuntut universiti serta belia yang sedang mengejar kerjaya impian. Hasil penyelidikan ini memberi jawapan kepada persoalan yang sering ditimbulkan kerajaan dan bakal majikan terhadap tahap kesediaan belia Malaysia untuk melangkah ke alam kerjaya sektor kerajaan atau swasta.

Antara persoalan dibangkitkan dalam penyelidikan ini ialah walaupun kita boleh menyalahkan faktor ekonomi atau pasaran pekerjaan yang semakin terhad, bagaimana pula tahap kesediaan graduan selepas mendapat diploma atau ijazah pertama?

Selain itu, mengapa sekumpulan kecil graduan boleh mendapat kerja dengan syarikat besar atau konglomerat antarabangsa tetapi sebilangan graduan seakan-akan ‘lemas’ dalam mencari pekerjaan?

Persoalan ketiga, apakah faktor yang perlu diberi penekanan oleh graduan dan belia supaya dapat merealisasikan kerjaya impian. Apakah profil yang dapat kita dibina sebagai panduan generasi muda yang melangkah ke alam kerjaya suatu hari nanti?

Continue reading? Teruskan membaca?

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *