Hari itu tidak ubah seperti hari-hari yang lain kecuali di luar tingkap, siswa dan siswi yang selama ini cuba kami 'tenggelamkan' di dalam suasana keilmuan terlihat tidak ubah seperti segerombolan ahli kesatuan sekerja yang sedang memprotes sesuatu yang mereka sendiri tidak mengerti. Apa pun, sekurang-kurangnya kami yang kuat bersyarah tahu bahawa tidak semua mereka melakukannya secara rela kerana semua ini adalah di bawah arahan, dan siswa/i mana yang tidak mahu ponteng kuliah untuk bersama-sama berkumpul, bersembang serta bergembira dalam suasana meriah sebegitu?
Alasan yang diberi adalah menyelamatkan bangsa, tetapi seperti biasa umum kurang sedar bahawa konsep bangsa atau ras (race) adalah sesuatu yang sudah lapuk dan tidak lagi releven dalam dunia kontemporari yang terlalu hebat persaingannya. Malah, ahli masyarakat umum yang masih lagi tidak dapat menerima konsep 'persaingan' adalah mereka yang akan gagal atau paling tidak, menjadi jaguh di dalam kampung atau daerah sendiri.
Konsep persaingan sudah termaktub di dalam evolusi hidupan di muka bumi. Walaupun seperti biasa ramai yang akan menentang teori evolusi kerana ia mencadangkan bahawa manusia berasal dari monyet - itu hanyalah salah satu dari buah fikiran Darwin tentang evolusi. Banyak lagi sebenarnya yang beliau perkatakan tentang proses evolusi hidupan yang boleh kita terima pakai dan tidak bertentangan dengan ajaran Tuhan. Salah satu prinsip utama evolusi adalah (percaya atau tidak) persaingan.
Spesies hidupan yang lemah dan tidak dapat bersaing, akan menjadi semakin lemah hingga diancam kepupusan. Sama ada kita suka atau tidak, benci atau marah, malah apa saja hujah moral yang kita berikan - spesies yang terlalu lemah, tidak akan berupaya bersaing untuk terus hidup. Maka, sama ada kita sedar atau tidak, sekumpulan manusia yang terlalu lemah dan tidak dapat bersaing juga mungkin akan menghadapi situasi yang sama. Mungkin.
Maka, pada hari perarakan melaungkan kata-kata semangat demi bangsa/ras itu, mereka yang benar-benar percaya dengan ketuanan bangsa/ras mereka, tidak ubah seperti dinosaur yang sedang menanti kepupusan. Realitinya, yang lebih kekal dan paling utama menjadi ukuran kehebatan seorang manusia adalah kualiti individu itu sendiri. Sebagai saintis sosial, kami gelarkan fenomena ini kualiti keindividuan (atau individualist quality).
Tidak kira siapa pun kita, walau berbeza warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - yang utama dan mengatasi segala-galanya adalah individu itu sendiri. Dialah yang mampu menunjukkan kemampuan atau ketidak-mampuan dirinya. Dialah yang boleh membuktikan kepintaran atau kebodohan dirinya. Dialah yang akan menentukan jalan hidupnya kelak, contohnya dalam mengejar kerjaya impian dan memastikan bahawa dunia sedar bahawa dia adalah calon terbaik untuk suatu karier hebat.
Pada ketika itu nanti yang ditanya oleh penemu duga, bukanlah warna kulit, fahaman agama, taraf sosioekonomi - tetapi yang akan menjadi persoalan adalah kelayakan, kemampuan dan pengalaman diri yang ada.
Soalannya mudah, jika dia tidak pernah dapat bersaing di lapangan (dunia) sebenar dan tidak pernah pula diuji kelayakan, kemampuan dan pengalaman yang ada - sejauh manakah kualiti individu itu dapat dilihat?
Dan, adakah dia memiliki kualiti keindividuan sebenar atau mungkinkah dia juga akan pupus dan hilang begitu sahaja dalam dunia global yang semakin hebat persaingannya? Entahlah. Hanya Tuhan yang lebih mengetahui.

To be fair, not all of my undergrads joined in the demonstration because they believe in the 'cause' - letters from high above were sent to campuses asking these young minds to do what they did. Do not believe everything that you see and hear in the extremely biased local media - Ed.
3 comments:
yes!! the most important is urself but biasala sesuatu benda yg dbuat ada advantage n disadvantage. ape yg dikatakan teech td mmandang di sudut kanan. cuba kita memandang di sudut kiri. mksud sy sudut yg x slalu org nmpak n maybe penting or maybe x penting. melayu terkenal dgn sifat kemalasan (termasuk sy) dan statistik menunjukkan pndapatan tahunan bangsa melayu adalah yg terendah brbanding kaum lain. 30% kmasukan bkn bumiputera ke uitm bermksud penyahmasukan 30% kaum bumiputera atau kaum melayu. 30% daripada 10,000 = 3,000... jd, kemanakah lebih 3,000 org melayu yg tidak brape nk pndai dan mlas pulak tu (trmasuk sy juga) hndak melanjutkan pelajaran??? itu drpd 10 ribu.. kalau 30 ribu?? hmmm.... ttp ape pun bg sy demontrasi pd hari tu mmg kurang relevan kpd plajar. Tanyela pelajar yg plg kuat melaungkan.. Hidup MELAYU!!!! tanye die brape cgpa die dan ape die sumbangkan pd institusi... jwapan die "errrr..... errr..." hmmm... sbelum kita nk beli baju untuk sume org, pastikan kita berbaju dulu..
Is there such word like 'ras'? Hmm, memang dasar Melayu kan, tau nak ceduk ajer ... padahal kan dah ada word for it and it is called 'bangsa'?
Terima kasih untuk blog yang menarik
Post a Comment