'Menjejak Sang Neomaskulin' menjejakkan muka surat di Republik Singapura!

Menjejak Sang Neomaskulin (2008) Shah Alam, Buku Prima
... kini telah mendarat di perpustakaan negara jiran
di kota Singa, Singapura ...

Walaupun sedikit terkilan kerana ramai yang memberitahu bahawa buku ini semakin sukar didapati di pasaran (sedangkan realitinya 5,000 ribu naskah telah dicetak di Dasar Cetak, Shah Alam) saya berasa terharu dengan pembelian buku ini oleh Lembaga Perpustakaan Kebangsaan (NLB) Singapura.

Lebih menarik penyimpanan naskah di Lee Kong Chian Reference Library, menandakan pandangan dunia rakyat Singapura, atau sekurang-kurangnya unit perolehan antarabangsa NLB, luas - kerana 'Menjejak Sang Neomaskulin' bukan sekadar bacaan hiburan atau santai, ia adalah perbincangan serius tentang identiti lelaki.

Teringat kembali kepada pengalaman hampir dua tahun menyumbang pengetahuan nan sedikit kepada penduduk Melayu Kota Singa menerusi program 'Suara Sensasi' stesyen radio Mediacorp, di Ria 89.7FM... Pengalaman yang elok serta mendewasakan, pastinya.

Bayangkan, anak rantau kecil dari Malaysia membantu jiran yang beratus kilometer jauhnya, sedangkan di negaranya sendiri untuk 'On Air' sekadar beberapa minit di Radio Perak.FM pun seperti cuba bersuara di BBC atau CNN.

Hujan emas di negara orang
Hujan batu di negara sendiri


Adakah orang asing di negara orang lebih menghargai anak-anak negara Malaysia ini, sedangkan orang di negara sendiri seperti orang asing dengan sesama sendiri? Sesuatu untuk difikirkan - Ed.

1 comments:

syairi said...

Tahniah Mr Airil... maaf kalau saya terlepas pandang penghasilan karya Mr Airil... walau apapun alasannya, saya doakan segalanya berjalan lancar dan insyaAllah, saya juga akan cuba memiliki buku ini.

**sehari 1 muka surat buku
syairi@syaori
ipm ipoh '98/'99

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *