Selaput dara wanita, mahkota teruna lelaki... Alkisah "stok awek, stok bini"

* PETIKAN draf pertama ruangan bulanan 'BICARA NEO MASKULIN', dalam majalah MASKULIN, terbitan KARANGKRAF MALAYSIA, edisi JULAI 2011

"RENTETAN SOAL ‘DARA’ WANITA DAN ‘TERUNA’ LELAKI... (e-mel kedua)"

Seperti yang dijangka, soal dara wanita dan teruna lelaki agak hangat diperbincangkan oleh pengikut ruangan bulanan kita ini. Beberapa e-mel yang dilayangkan juga turut meminta respons peribadi saya tentang dara wanita dan teruna lelaki. Bulan ini mari kita sama-sama berkongsi dua e-mel daripada dua lelaki yang berkongsi pengalaman dan perasaan mereka tentang topik sensitif ini.

Terserah kepada anda untuk menilai komen-komen yang diberikan oleh mereka berdua. Walaupun mungkin anda tidak bersetuju dengan pandangan mereka berdua, rasanya apa yang mereka kongsikan perlu kita fikirkan secara serius sebagai kaum lelaki dengan aspirasi neomaskulin.

Apa pun, jangan kita lupa bahawa menuding jari dan mempersalahkan seseorang adalah sesuatu yang amat mudah – terlalu mudah untuk dilakukan. Realitinya, hidup mesti diteruskan dan wanita yang sudah tidak ada dara serta lelaki yang sudah hilang teruna juga perlu memikirkan tentang hari esok dan masa depan mereka. Tidak mungkin hidup terhenti di tengah jalan hanya kerana dara sudah tiada atau teruna sudah hilang, bukan?

E-MEL PEMBACA KEDUA: “Stok awek, stok bini?”

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

“Aku peminat ruangan neo di Maskulin. Semua topik yang kau buka aku seronok baca dan aku boleh faham sebagai seorang lelaki. Tapi kadang-kadang kau nampak macam terlampau bagi muka kepada pihak perempuan – sampai kadang-kadang kau rendahkan status kita lelaki. Macam topik teruna dara kali ni.”

“Okay, aku setuju dengan benda-benda moral dan agama yang kau ketengahkan. Semua tu betul dan aku setuju. Tapi pendapat yang kau sampaikan, maaf aku cakap macam agak naif untuk seorang lelaki yang berpengetahuan. Kau mesti tau bukan? Dunia kita sebenarnya bukan dunia yang sempurna. Senang cakaplah, bukan semua orang baik-baik saja hidup dalam dunia ni.”

“Aku ada banyak pengalaman tentang ‘night life’ di KL. Aku memang suka ke kelab dan lepak-lepak dengan kawan-kawan. Boleh kata tiap hujung minggu aku akan ke kelab buang masa. Situ macam-macam perempuan boleh kau jumpa (kalau kau tak pernah pergi atau masuk kelab) tapi semuanya lebih kurang sama. Aku ayat sikit, ajak sembang sikit, belanja minum, tunjuk kunci BM aku – aku dah boleh bawa balik awek tu!”

“Sumpah aku tak tipu. Dan bukan seorang dua yang macam ni, tapi senang cakap makin ramai perempuan yang macam ni. Dan kalau bukan di kelab pun sama, ayat saja sikit, tunjuk duit dalam wallet, pegang kunci kereta besar, perempuan-perempuan ni sanggup buat apa saja yang kita minta! Itu sebab bagi aku dan kawan-kawan aku (lelaki), kami anggap perempuan macam ni stok awek saja. Boleh pakai, lepas tu buang dan ganti lain.”

“Aku tau mungkin kau marah baca komen aku tapi ini realiti, babe! Ya, mungkin hanya banyak di KL dan kota-kota besar. Tapi takkanlah kita salahkan lelaki saja kalau perempuan pun tak pernah ambil kisah fasal dara dan maruah? Senang sangat sampai aku pun nak hairan kenapa makin ramai perempuan macam dah tak ada maruah?”

“Straight to the point, aku pun bukan lelaki teruna. Tapi aku taklah desperate sangat layan perempuan-perempuan murah dan pisau cukur macam ni. Macam aku cakap, aku dan kawan-kawan aku selalu naik malu tengok perangai perempuan macam ni.”

“Dan kau jangan tak tau, kalau di kelab yang akan ‘minum’ sampai mabuk tonggang-langgang, muntah dan pengsan, itu tak lain tak bukan – perempuan kitalah! Gila, kan? Aku yang tak berapa kuat agama ni pun, taubat takkan buat macam itu. Jadi kalau ada buaya jantan ambil kesempatan, kita nak salahkan siapa?”

“Nasihat ikhlas aku, perempuan hari ni kena pandai jaga maruah diri. Janganlah suka murahkan diri macam tu, bukan lelaki nak pun, paling kuat pakai buang sajalah. Yang pasti satu hari nanti kalau aku fikir nak kahwin, baiklah aku suruh mama aku pilih orang baik-baik. Of course yang masih suci, stok bini. Ikhlas aku tanya, sebagai lelaki kau sanggup terima barang second, third, entah berapa hand entah macam ni? Aku rasa orang lelaki paling alim dalam dunia ni pun akan cabut lari kalau tengok perempuan macam tu.”

‘J.D.’

Dan kesimpulannya?

Kesimpulannya mudah, kedua-dua pemerhatian rakan pembaca kita ini perlu kita fikir masak-masak. Kedua-duanya ada kebenaran yang perlu kita terima, walaupun kita mungkin kurang bersetuju atau tidak dapat menerima pendapat yang mereka kongsikan di sini. Tanpa membuka aib mana-mana pihak atau menyalahkan sesiapa, moga-moga kita semua sebagai lelaki dengan aspirasi neomaskulin boleh berfikir dengan rasional dan membuat pilihan terbaik untuk diri kita sendiri, demi kebahagiaan sebenar masa depan.

* Harap maklum versi writeup ini adalah versi asal saya yang belum disunting oleh Editor Maskulin. Jadi ia mungkin berbeza dengan versi akhir dalam majalah berkenaan selepas proses penerbitan - Teech

8 comments:

Anonymous said...

Sangat tk bersetuju dgn 2 lelaki yg hntr pendapat tu,apa hak diorng nk dpt seorng bini yg suci dn 'baik-baik' kalau perngai diorng tk setnding manusia muslim?tak teruna lagi,apa kes nk orng baik kalau awak sndiri mcm tu.tu namanya bila berckp tk cermin diri dlu la tu.Ya,mmg mungkin malu tgk perempuan2 yg 'tkda maruah' tu smua minum smpi mabuk2,tpi kalau awak perngi mcm 's' jgk apa hak awak nk dpt wanita yg baik,layak ke nk kwin dgn wanita stok bini.orng baik untuk yg baik,yg jahat dgn yg jhat.berckp cara mcm lelaki tkpe buat semua tu,tpi perempuan tkleh.apa lelaki punya maruah makin menebal ke buat benda sama yg perempuan buat,yg menjdikan mereka tkda maruah?

wAtashiwa Nemo-cHan said...

serius ckp... tepuk dada tanya iman la... opkos la bukan semua org baik.. atau sng ckp stok2 ustaz ustazah... masing2 punya haluan... pilihan masing2... mcm mana dia mahu mencorakkan hidup dia... sndiri mau ingat la... sendiri buat.. sendiri tanggung... tak payah nk tunding jari pada mana2 pihak... sbb... yg penting... kalau takde yg memberi... xkan ada yang mengambil..kan?

Teech Airil Haimi said...

Ingatlah kata PENULIS...

"Terserah kepada anda untuk menilai komen-komen yang diberi. Walaupun mungkin anda tidak bersetuju dengan pandangan mereka, rasanya apa yang mereka kongsikan perlu kita fikirkan secara serius..."

"Apa pun, jangan kita lupa bahawa menuding jari dan mempersalahkan seseorang adalah sesuatu yang amat mudah – terlalu mudah untuk dilakukan."

"Realitinya, hidup mesti diteruskan dan wanita yang sudah tidak ada dara serta lelaki yang sudah hilang teruna juga perlu memikirkan tentang hari esok dan masa depan mereka. Tidak mungkin hidup terhenti di tengah jalan hanya kerana dara sudah tiada atau teruna sudah hilang, bukan?"

Anonymous said...

semua lelaki mahukan yang terbaik [stok bini(?)], sehingga kadang-kala terlupa menyuluh diri sendiri. Jelas sekali dalam Islam, “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang
bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, kerana Allah telah melebihkan
orang lelaki (daripada beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,
dan juga kerana orang lelaki telah membelanja (memberi nafkah) sebahagian
dari harta mereka”. (an-Nisa’: 34). Oleh itu, jika anda tidak termasuk dalam kumpulan yang layak memimpin,mengawal dan memberi nafkah kepada wanita, anda juga tidak layak memilih calon isteri dari kategori 'suci'/'stok bini'.Jika anda berdegil anda dan isteri anda tidak akan bahagia kerana tiadanya keserasian (kufu'), bahkan perkahwinan anda mungkin hanya bertahan seperti abu di atas tunggul. Hadith Rasulullah yg diriwayatkan oleh Jabir :
Bermaksud : Jangan kamu kahwinkan perempuan kecuali sekufu; dan jangan kamu kahwinkan mereka kecuali oleh para walinya; dan tidak ada mahar yang kurang daripada 10 dirham. Wallahua'lam

Shadzril Elmy said...

hhmmmm.. bagi saya soal dara atau tak ni terletak pada individu. mmg soal ni sangat sensetif. tapi saya harap jgn sampai jadi naif. kita tak berhak nak tentukan seorang perempuan tu gadis atau bukan. siapa kita nak menghukum orang? tak semua perempuan itu hilang gadis atau kesucian hanya kerana melakukan sex. zaman dah berubah, dulu anak gadis diperlihara dgn sebaik-baiknya. tak boleh itu dan tak boleh ini. sebenarnya akitiviti seseorang tu pun mempengaruhi keadaan selaput. apa yg penting kita tak punya hak utk menghukum. lagi pun Allah pernah berfirman tak salah saya macam ni la ayatnya.. perempuan yg baik diciptakan utk lelaki yg baik.. lelaki penzina akan mendapat isteri yg penzina. so fikir-fikirkan la. tapi... kalo sesorang yg dalam kesesatan ingin kembali ke pangkal jalan, wajib kita bantu. jangan nak kutuk cerca n hina. bagi mereka kesempatan. itu yg sebaiknya

Anonymous said...

sedarlah bro wat goes around comes around... kalo x terjadi kat ko blek maybe akan terjadi kat adik bradik ko, anak cucu ko....then bwu ko tau pe rasenyer.... n 1 more thing...perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baek... nabi sdri yang cakap...so think bout it...

Anonymous said...

As for me... yg baik tu bukan terletak pada dara atau terunanya seseorg. Yg baik itu terletak pada iman n takwa kpd Allah. Ingat semula kisah Rabiatul Adawiyah n Hassan Al Basri? Cuba perhatikan kisah mereka... byk ibrah yg boleh diambil utk pedoman dlm kehidupan manusia hari ini. Seorg pelacur yg bertaubat dgn taubat yg bersungguh2.. mk syurgalah bgnya.. Jika benar penulis lelaki yg baik, sudah tentu dia akan menyelamatkan wanita2 itu... wallahua'lam..

Anonymous said...

Malaysia ini tergolong dari melayu yang selalu bangga2 kan Islam. juga ramai skrg perempuan yang bertudung.
komuniti malaysia ataupun melayu/Islam suka menghukum orang seolah2 mereka ini TUhan.

ramai yang tertipu dengan yang wanita2 yang bertudung ini.
Realitinya, 'yang bertudung' ini, (walau tidak ke kelab mlm) lagi MAHA DASYAT dari yang tidak bertudung, atau ( 'pakai mcm sosial')
tepuk dada tanyalah org sekeliling yg tahu keadaan ini.

orang selalu ckp, ' haa kan maniss je pakai tudung.. barulah nampak mcm perempuan mithali'.

wallahu alam bisawab.

hentikan lah segala pura-pura ini.

hakikatnya mostly yg pakai tudung mmg make me menyampah. kerana : -

1- umo belasan tahun lagi (pakai tudung) dah pandai ikut jantan sana sini. sanggup bergaduh2 berebut jantan. dgn tak malunya sudi bermalam sampai berminggu di rumah laki. budak lagi tu.

2- bawa kereta sombong tak pedulikan pemandu yg lain

3- sombong ego tak reti nak bercampur org kuat kutuk muka tu masam dgn jiran

4- ckp kuat2 , pakai baju ketat metat.

* so kpd lelaki di atas, tahniah lah anda dpt isteri yang suci kerana pilihan mak ( 'hmm mak tgk si JJ tu baik, pandai, berpakaian sopan, pakai tudung, hee senang kamu tak payah tanggung dosa bini dedah aurat')

ambik kau sebijik.
padan muka dgn lelaki melayu yang tak sedar diri.
kolot dan hati kotor.

ini semua jajahan minda oleh si melayu sendiri yang menegaskan konsep sebegini.

kenapa mahu membeza2 kan setiap golongan?

adanya golongan mat rempitlah, dekat negara lain, tidak ada istilah ini.

ini kerana masyarakat malaysia terlalu suka melabel sesaorang berdasarkan pandanang mata zahir yang kasar dan kotor.

Kuman di seberang laut nampak, gajah di bibir mata tak kelihatan.

wallahu alam.

pandai2 koranglah.

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *