Entri terbuka lelaki Melayu gay, homoseks, anak ikan, PLU, Melayu biseks (penggal 1)

Nota Ikhlas: Siri entri ini amat tidak sesuai untuk mereka yang berusia terlalu muda dan mereka yang sukar menerima realiti adanya individu-individu seperti ini dalam kelompok masyarakat Islam-Melayu Malaysia dan rumpun Melayu rantau Asia Tenggara. Ampun maaf dipohon sekiranya anda nekad untuk terus membaca...

Bermula awal tahun 2002 sehingga ke detik ini, topik di atas terus menjadi fokus peribadi kerana empati yang dirasai terhadap individu-individu berkenaan. E-mel dengan pengakuan seperti ini juga terus dilayangkan oleh para pembaca setia ruangan-ruangan majalah yang dikendalikan.

"Jujur saya suka seks dengan lelaki. Tabiat ini sejak sekolah dulu."
[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

“Tolonglah saya. Tujuan saya menulis ialah untuk luahkan perasaan terpendam tapi sukar diluahkan. Begini, saya lelaki dan saya ada jatuh cinta kepada perempuan. Dalam masa yang sama, saya terpikat dengan sesama jenis.”

“Jujur [...] saya suka seks dengan lelaki. Tabiat ini sejak sekolah dulu. Fikiran saya sering sangat fikir tentang seks sesama jenis. Kadang-kadang saya buat ringan-ringan seperti melancap (onani) tapi kalau tak dapat tahan, dengan kawan-kawan lelaki saya. Saya betul-betul rasa dosa dan keliru.”

‘Mizal’, Jun 2006

“Straight to the point aku suka jantan. Aku suka main dengan jantan."
Ada kalanya juga e-mel yang dihantar agak lebih berani dan bernada mencabar (kurang ajar?) mungkin kerana penghantar membayangkan bahawa dirinya tidak mungkin saya kenali.

“Straight to the point aku suka jantan. Aku suka main dengan jantan. Blow job, finger fuck, ass fuck semua aku suka [...] sodomy nikmat yang bukan semua orang tahu. Kau pernah rasa? Sorry, aku bukan mintak nasihat."

"Aku bukan rasa aku dosa pun, kalau dosa pun kubur aku bukan kubur orang lain. Plan aku nanti nak nikah dengan suami orang putih. Apa pendapat kau tentang gayboy macam aku?”

‘Diva’, Januari 2008 

"Malam-malam saya menangis, saya tak mau terus hidup macam dulu. Saya cuba berubah.”
Ada juga e-mel yang amat menyayat hati dan meruntun perasaan. Seperti yang pernah dan terus saya jelaskan di media, realiti selalunya lebih mengejutkan berbanding fiksyen.

“Terima kasih abang sanggup curi masa jumpa bulan lepas. Memang hidup saya sekarang susah. Tapi saya pegang nasihat abang. Dalam hati, saya takkan dendam dengan abah. Walaupun abah halau, tapi saya sayang keluarga saya. Saya rindu ibu dengan adik-adik. Malam-malam saya menangis, saya tak mau terus hidup macam dulu. Saya cuba berubah.”

“Memang saya malukan keluarga. Tapi macam abang cakap, mungkin saya takkan jadi gayboy kalau saya tak diliwat masa kecil dulu. Mungkin kalau tak ada episod tu, saya boleh jadi lelaki normal. Memang saya lembut dan pernah seks dengan lelaki. Tapi saya bukan homo, saya tak mau mati dalam dosa besar [...]”

“Alhamdullillah, perlahan-lahan saya mula cuba lawan naluri lama. Tapi susah, macam abang kata benda ni nak ubah kadang-kadang sampai seumur hidup boleh gagal. Moga-moga Tuhan bagi kekuatan untuk saya. Saya betul-betul hargai pendapat abang, memang betul setiap manusia ada ujian besar untuk diri dia. Ya, memang ini ujian hidup saya. Doakan semoga saya boleh betul-betul berubah.”

‘Noer’, Disember 2005

[bersambung...]

Dengan pengalaman terkumpul mengendalikan ruangan runding kaunseling di majalah ‘Eh!’, ‘Rapi’ dan kini di ‘Maskulin’ – topik gender, identiti dan seksualiti lelaki sentiasa dekat di hati. 

Siri entri ini akan mengutarakan topik gender, identiti dan seksualiti lelaki Alam Melayu berdasarkan pengalaman berkaitan di akhbar, majalah, radio, televisyen di Malaysia juga Singapura serta Brunei.

0 comments:

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *