Arkib akhbar Berita Minggu, ceraian 'Dimensi', Ahad 19 November 2006

Gejala Tomboy: masyarakat mesti cuba memahami situasi, bukan sekadar menuding jari sahaja!
oleh Hanisah Selamat dan Norakmah Mat Youb untuk akhbar Berita Minggu, Malaysia

Sub-kolum PERTAMA ‘Gejala Tomboy’

PUNYA kulit putih mulus, bulu mata lentik menawan tetapi sayang Joey, 19, lebih berbangga dikenali dengan imej tomboy. Biar berlagak kasar dan bergaya persis anak jantan, dia sebenarnya tidak mampu menyembunyikan aura feminin di sebalik raut wajah lembutnya. Sifat kelelakian dirasakan semakin dominan apabila dapat memiliki Ina, 21, sebagai kekasih.

Kes seperti Joey yang ingin dikenali menerusi identiti lelaki bukan perkara menghairankan. Di luar sudah ramai 'Joey' dengan pelbagai lagi karektor tersendiri. Mereka tidak kisah digelar tomboy atau pengkid. Hakikatnya, golongan ini cukup bangga tatkala diri menjadi perhatian semetelah mampu mendampingi gadis cantik.

Lihat saja di kota besar, tanpa berselindung mereka tidak malu merangkul mesra pasangan atau menggenggam erat tangan kekasih di khalayak ramai. Mereka mungkin mampu 'menipu' pandangan walau berbengkung untuk menyembunyikan payu dara, namun realitinya keadaan biologi tetap seperti wanita lain-boleh mengandung dan melahirkan.

Begitupun, fenomena pengkid, tomboy atau lesbian tidak harus dijadikan isu tuding menuding antara semua pihak apatah lagi ketika masyarakat dikejutkan beberapa kes mengenai remaja perempuan 'dilarikan' tomboy, banyak faktor lain yang mendorong remaja terdedah kepada hubungan sejenis.

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Ketua Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Jaslaile Suzana Jaafar, berkata fenomena wanita berlagak sebagai lelaki atau lelaki mengubah penampilan menjadi wanita menggambarkan orientasi seksual remaja yang disebabkan faktor sampingan termasuk genetik, hormon, kognitif serta persekitaran.

Katanya, situasi ini bukan disebabkan penerimaan masyarakat masa kini yang sering dilabel bersikap terbuka dalam segala hal tetapi kelonggaran nilai ketimuran serta kekurangan pengetahuan agama yang terhakis tanpa disedari menjadi pemangkin kepada fenomena itu.

"Kita tidak boleh salah menyalah sesiapa dalam hal ini. Daripada kajian, fenomena keinginan seksual atau kecenderungan seseorang kepada teman sejenis dipengaruhi psikologi ditambah faktor sampingan merangsang lagi hasrat remaja menjadi seperti dimahukan.

"Sebagai ahli dalam masyarakat, kita mesti cuma memahami situasi yang melanda mereka bukan menyalahkan atau menuding jari kepada keluarga yang dikatakan tidak tahu mendidik anak. Barangkali ia satu gambaran kepada masalah psikologi lebih berat atau simptom harga kendiri lebih rendah.

"Jika setiap orang hanya menuding jari, permasalahan ini tidak akan menemui penyelesaian. Dalam menghadapi cabaran globalisasi dan perubahan sosial, remaja perlu mempunyai jati diri serta sokongan supaya mereka tidak mudah terjebak dengan anasir kurang sihat," katanya.

Akuinya, sindrom tomboy atau aliran yang sama dengannya kadangkala bersifat sementara yang cuba dirasai tatkala menjejaki alam remaja sekali gus keinginan bereksperimentasi dengan khayalan boleh beransur hilang apabila mencecah zaman dewasa juga hasil bantuan insan sekeliling.

INFO tambahan, sumber penyelidikan Airil Haimi Mohd Adnan, UiTM PERAK

Tomboy

· Berperwatakan ala lelaki.
· Bukan pengkid atau lesbian.
· Suka aktiviti lasak dan pekerjaan dimonopoli lelaki.
· Suka pakaian menyerupai lelaki.
· Boleh diubah menjadi feminin.
· Mempunyai perasaan terhadap lelaki.
· Boleh dikikis dengan bantuan keluarga dan rakan.

Pengkid

· Tubuh badan seperti lelaki.
· Membalut payu dara menggunakan bengkung.
· Benci melihat tubuh menyerupai wanita.
· Memakai pakaian besar.
· Memotong rambut pendek seperti lelaki.
· Tertarik hubungan seks dengan wanita.
· Bangga menunjukkan pasangan di khalayak ramai.

Lesbian

· Tidak semestinya kelihatan seperti lelaki.
· Kebanyakan menonjolkan sifat wanita sejati.
· Bernafsu seks terhadap wanita.
· Menerima diri sebagai wanita.
· Sangat menyukai wanita cantik.
· Dalam hubungan seks, antara seorang bersifat dominan.
· Kuat cemburu.

FAKTA tentang Transeksualisme

· Fenomena disebabkan faktor seperti sikap dan pembawaan, naluri, sistem kebakaan dan biologi serta paling besar faktor nafsu dan pilihan dalam hubungan seksual individu.

· Pesakit transeksual sebenarnya mengalami kekeliruan mengenai diri sendiri daripada aspek identiti seksual.

· Usul memaktubkan hubungan sejenis sebagai hak asasi mula dibentangkan kepada Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva April 2003, tetapi ditangguhkan oleh Libya, pengerusi suruhanjaya 53 ahli itu.

· Perkahwinan perempuan dengan perempuan banyak berlaku di Amerika Syarikat, Britain, Kanada, Australia dan beberapa negara Eropah serta negara maju lain.

· Beberapa negeri di Amerika, termasuk Hawaii dan Vermont mempunyai undang-undang mengiktiraf perkahwinan sejenis.

· Kajian menganggarkan kira-kira 10,000 orang di Malaysia terbabit dalam transeksual dengan 70 hingga 80 peratus daripadanya adalah bangsa Melayu, selebihnya Cina, India dan bangsa lain.

Sub-kolum KEDUA ‘Gejala Tomboy’

FAKTA Nombor: Kajian mengenai homoseksual oleh Airil Haimi Mohd Adnan mendapati bahawa 230 Responden kecelaruan gender / 80% Siswa terbabit dalam hubungan sejenis

TOMBOY, pengkid dan lesbian atau yang sama erti dengannya membawa makna berbeza kepada masyarakat walaupun hakikatnya mereka cenderung kepada gejala sama, homoseksual malah kelompok ini adalah jantina ketiga yang cuba menonjolkan identiti gender berlawanan daripada norma biologi, moral dan sosial.

Saintis Sosial dan Eksekutif Unit Penyelidikan & Pembangunan Intelek UfoRIA UiTM Perak, Airil Haimi Mohd Adnan, berkata kecelaruan gender itu secara realiti berkaitan dengan sub-budaya (subculture) yang tersorok selain hanya boleh difahami mereka yang menjadi sebahagian daripada kelompok berkenaan.

"Tomboy adalah gender neutral bererti wanita berperwatakan lelaki tetapi bukan pengkid atau lesbian. Dia lebih kepada sifat feminin manakala pengkid pula sedaya-upaya mahu kelihatan seperti lelaki. Contohnya berbengkung di dada (dia benci bahagian badan yang berkaitan wanita), memakai pakaian longgar dan berambut pendek. Pengkid tertarik untuk berhubungan seksual dengan wanita lain.

"Lesbian pula tidak semestinya kelihatan seperti lelaki malah ramai feminin dan nafsu terhadap wanita lain tidak diketahui sesiapa pun. Mereka menerima diri sebagai wanita (tidak seperti pengkid), malah menyukai bentuk tubuh wanita. Dalam hubungan seksual lesbian, salah seorang pasangan memainkan peranan dominan manakala seorang lagi bersifat lebih pasif," tambah Airil lagi.

Kata Airil, pengaruh biologi atau psikologi lebih terlihat dalam diri mereka yang bergelar pengkid dan juga lesbian menerusi proses terapi dan kaunseling interpersonal tetapi imej tomboy pula adalah proses sosialisasi primer melalui famili, sekolah dan media yang semakin didominasi imejan maskulin dalam dunia wanita.

Begitupun, Airil menegaskan imej tomboy atau tampak kejantanan itu boleh dikikis perlahan-lahan dalam diri seseorang gadis menerusi bantuan dan sokongan orang terdekat seperti ibu bapa, ahli keluarga, rakan karib dan guru supaya kecenderungan mereka tidak menular lebih jauh.

"Jika di tahap tomboy, iaitu seorang gadis lasak dan suka aktiviti lelaki serta berpakaian seperti lelaki, ibu bapa atau guru mungkin boleh mengimbangi aktiviti gadis berkenaan dengan sesuatu yang lebih feminin atau mendorongnya untuk memberatkan personaliti gender sesuai dengan jantina biologinya.

"Bagi pengkid dan lesbian pula, bantuan pakar akademik dalam bidang gender dan kaunselor atau ahli psikologi bertauliah bersama ahli agama diperlukan untuk proses kaunseling. Menerusi sokongan kumpulan pakar seperti ini, berkemungkinan mereka dapat untuk sekurang-kurangnya meninggalkan perbuatan seks songsang," katanya.

Daripada pemerhatian selain kes yang dirujuk kepadanya, Airil mengakui kecenderungan golongan berkenaan memilih gender lelaki atau sebaliknya bergantung kepada lingkungan sosial sedari kecil termasuk pernah diperkosa sewaktu kecil selain ada juga wanita bergelar isteri menjadi lesbian diam kerana kecewa dengan hubungan seksual bersama suami.

Bagaimanapun, sejarah pahit seperti perkosaan bukan antara sebab utama sebaliknya hanya sebagai alasan memilih menjadi pengkid atau lesbian ditambah elemen menyedihkan itu adalah jalan paling mudah bagi memenuhi salah satu kemahuan naluri paling asas iaitu nafsu syahwat sendiri.

Pakar perunding itu juga berkata, masalah homoseksual di negara ini boleh dianggap kronik biarpun tiada kajian khusus atau angka sebenar pengamal gaya hidup bebas begini ditambah situasi di mana ia masih berlangsung dalam keadaan tersorok dan untuk mengenal siapa gay atau lesbian, kita perlu terlebih dulu diterima dalam lingkungan mereka.

Hakikat ini menjadi cabaran kepada saintis sosial negara untuk mengetahui keadaan sebenar mengenai sub-budaya homoseksual di negara ini dan dari kajian yang sedang dijalankan oleh Airil, tahap kecelaruan gender di kalangan siswa universiti, secara purata dari 230 orang responden yang mengakui mengalami kecelaruan gender, lebih 80 peratus pernah atau sedang terbabit dalam hubungan sejenis!

Bercakap mengenai daya tarikan dengan insan sejenis, secara realitinya ia tampak aneh namun fenomena anak gadis terbabit dalam cinta songsang berpunca daripada keinginan iaitu 'perhubungan' cinta dan seksual wanita bersama wanita (lesbianism) menjanjikan kepuasan yang lebih.

"Hanya wanita mengetahui keinginan wanita lain. Ini pendapat umum hasil kajian saintis sosial Barat. Dari segi kepastian seksual (sexual security) pula, wanita pengkid atau lesbian berasa lebih selesa kerana mereka tidak boleh mengandung jika berhubungan secara homoseksual.

"Begitupun, untuk jangka masa panjang hubungan sejenis tidak stabil yang lazimnya tidak akan bertahan kerana tiada ikatan sah boleh dilakukan. Lazimnya, ahli sub-budaya ini cepat bertukar pasangan dan ada di kalangan mereka mempunyai ramai pasangan sekali gus. Ini bererti, apa yang dicari hanya kepuasan nafsu bukan hubungan sah.

"Mereka sendiri tidak pasti hala tuju masa depan tidak seperti hubungan lelaki dan wanita yang diakhiri ikatan sah seterusnya memikul tanggungjawab berkeluarga. Sudah pasti gejala ini mengundang penyakit serta merosakkan sosio budaya dan nilai spiritual masyarakat sejagat.

Kes 1: Ayai rasa lebih selamat

ANAK sulung daripada keluarga porak peranda menjadikan Ayai atau nama sebenarnya Siti Rahayu berperawakan keras. Namun seperti anak dara sunti lain, dia masih menjalankan tanggungjawab memasak dan menjaga dua adiknya tatkala ibunya bekerja sebagai tukang sapu.

Namun sejak ibunya diserang migrain teruk, Ayai terpaksa mengambil alih tugas mencari rezeki. Selepas habis waktu sekolah, dia mengambil upah mencuci pinggan di sebuah restoran. Begitupun, perbelanjaan persekolahan dan tuntutan hidup di kota besar membuatkan dia nekad berhenti sekolah sebaik saja tamat SRP.

Apakan daya, dalam usia 16 tahun siapa yang mahu mengambilnya bekerja. Nasibnya baik apabila tuan punya sebuah kedai baju mengambilnya sebagai pembantu. Di situlah juga Ayai mengenali seorang tomboy, Z. Teman barunya itu turut memperkenalkannya dengan geng tomboy lain.

Segala-galanya berjalan lancar cuma masuk bulan kedua bekerja, bosnya yang sudah berkeluarga itu mengganggu Ayai dan cuba nyaris dicabul. Ayai tidak melaporkan kepada polis kerana bekas majikannya itu memberi sejumlah wang bagi menutup mulut. "Saya terpaksa, kalau repot pun tak guna. Sekurang-kurangnya duit yang saya dapat tu boleh buat belanja sekolah adik," katanya.

Dia mampu melepaskan diri tetapi sejak detik itu Ayai berasa sukar menjadi perempuan. Hanya rakan tempat mengadu, malah di atas nasihat Z dia mengubah penampilan. Rambut dipotong rekrut selain kemeja lengan pendek pengganti baju T.

Bukan sekadar cara berpakaian, Ayu yang sememangnya agak kasar tidak punya masalah berjalan atau berlagak seperti lelaki. Tomboy bernama Z itu bukan saja dianggap sebagai mentor malah lebih daripada saudara. Panggilan sejak kecil, Ayu pula diganti sebagai Ayai. Hidupnya mula berubah. Berada dalam kelompok tomboy membuatkan Ayai rasa selamat dan dihargai.

"Itu cerita lapan tahun dulu. Walaupun awalnya saya sekadar mengikut kawan, kini saya semakin selesa macam ni. Lelaki tak berani kacau dan saya bebas cari rezeki tanpa gangguan 'jantan'. Saya tak mau fikir apa nak jadi pada masa depan, yang penting saya dapat jadi pelindung emak dan adik-adik," katanya.

Mengenai cinta, dia mengakui hatinya sudah dimiliki gadis bernama Ita. "Keluarga Ita menentang hubungan kami kerana secara tidak sengaja abangnya ternampak kami berjalan berpimpinan tangan di sebuah shopping mall. Saya nyaris ditumbuk tetapi sampai sekarang kami masih berjumpa secara sembunyi.

"Kami pernah berbincang mengenai sejauh mana hubungan ini. Saya amat sayangkan Ita. Jika suatu hari nanti dia bertemu lelaki bertanggungjawab, saya akan lepaskannya. Cuma saya tidak tahu bilakah saat itu sebab rasanya sekarang ni pun saya tak sanggup kalau tengok ada lelaki cuba menguratnya," kata Ayai.

Kes 2: Jessica pernah cuba bunuh diri

Seperti gadis lain, Jessica, 21 (bukan nama sebenar) pernah menjalin hubungan serius dengan seorang lelaki. Namun hubungan mereka tidak ke mana apabila teman lelakinya bertemu wanita baru. Lebih malang, ia berlaku selepas jiwa, raga dan wang simpanannya habis dikikis lelaki itu.

Ditakdirkan, pakcik iaitu abang kepada bapanya menjadi haruan makan anak. Rumah yang ditumpangi ketika mula tiba di Kuala Lumpur ibarat neraka jahanam. Dia nyaris diperkosa ketika isteri dan anak-anak bapa saudaranya itu tiada di rumah. Emosinya semakin bercelaru dan sejak itu dia tidak percaya kepada lelaki.

"Mungkin ada yang akan kata saya bodoh. Kenapa tidak membuat laporan polis, kenapa itu, kenapa ini? Dia adalah abang ayah saya, siapa yang mahu percaya kalau secara luaran, dalam usia 50-an dia dianggap bapa mithali. Lagi pun, saya tidak punya bukti ditambah keadaan diri yang sememangnya sudah ditebuk tupai," katanya.

Enggan membenarkan gambarnya diambil, Jessica yang sememangnya mempunyai bentuk tubuh menarik terus rancak bercerita. Sambil menyedut rokok entah yang ke berapa, dia menunjukkan sesuatu di tangan kirinya. "Ini tanda kelar yang saya buat dulu. Syukur, Tuhan masih sayangkan saya," katanya yang mengakui pernah cuba membunuh diri kerana terlampau tertekan.

Ketika dirinya masih trauma muncul tomboy bernama Dee. Di awal perkenalan yang diaturkan rakan, Dee sudah menunjukkan tanda menyukai dirinya. Setiap hari Dee tidak pernah lupa menghubunginya, memberi hadiah atau mengajak keluar makan.

Memang Jessica rimas apabila Dee sentiasa mengambil peluang mendekatinya apatah lagi secara fizikal tomboy itu masih dianggap sebagai perempuan. Namun, sikap prihatin serta layanannya membuatkan hati wanita Jessica 'cair'. Selepas beberapa bulan mengenali hati budi Dee, Jessica menerima Dee sebagai kekasihnya.

"Mungkin orang lain menganggap hubungan kami keluar dari norma biasa. Mereka tidak memahami situasi ini. Bersama kelompok ini, saya rasa lebih selamat," kata penyambut tetamu di sebuah pusat kesihatan itu.

"Sehingga kini ibu bapa saya hanya tahu kami berkawan baik. Disebabkan keluarga berada di utara tanah air, mereka tidak tahu kami tinggal bersama. Mereka hanya tahu saya mempunyai tiga rakan serumah. Sebenarnya kami duduk sebilik lima bulan lalu dan dua teman serumah lain juga pasangan kekasih seperti kami.

"Setakat ini saya bahagia begini, Dee sering bersama saya sama ada susah atau senang. Dee rela membuat kerja sambilan untuk menampung perbelanjaan kami berdua. Dia juga melebihkan saya dalam segala hal. Pernah suatu ketika, dia mengancam mahu membunuh diri jika saya meninggalkannya. Saya tidak akan biarkan perkara itu berlaku.

"Entahlah... kadang-kadang saya menyesal terjebak dalam hubungan songsang tambahan pula Dee sangat cemburu tapi saya yakin ini kerana dia terlampau sayangkan saya," katanya.

Sub-kolum KETIGA ‘Gejala Tomboy’

ISU melarikan atau dilarikan tomboy hangat diperkatakan kebelakangan ini kerana ia terkeluar daripada norma biasa. Fenomena lelaki tomboy atau wanita keras yang sedang memasuki peringkat kedua dari sudut sosiologi boleh ditafsirkan sebagai menghadapi kecelaruan gender atau disforia gender.

Pakar Perunding Kesihatan Seksual dan Reproduktif, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Dr Mohd Ismail Tambi, berkata disforia gender didefinisikan sebagai suatu keadaan yang mana penghayatan seseorang individu mengenai dirinya itu bercelaru antara perasaan gender kendiri dengan jantina anggota kelaminnya.

Beliau berkata, transeksualisme ialah disforia gender yang paling ketara iaitu kecelaruan gender. Ia adalah keadaan yang mana individu mempunyai anggota kelamin tertentu tetapi begitu yakin bahawa dia daripada golongan jantina sebaliknya. Di sinilah berlakunya fenomena 'lelaki lembut dan perempuan keras'.

Mengenai tomboy, Dr Ismail berkata, ia adalah wanita kononnya mempunyai ketrampilan dan jiwa yang lebih terdorong kepada sifat jantina berlawanan dengannya dan beranggapan mereka terperangkap dalam tubuh badan wanita.

Beliau berkata, manifestasi fenomena transeksualisme ini berlaku lewat dalam kehidupan seseorang individu dalam proses pengenalan diri mengenai jantina mereka. Ia selalunya berlaku ketika lewat belasan tahun iaitu ketika berada di sekolah menengah atau ketika baru memasuki kolej.

"Golongan ini berasakan diri berbeza dengan kehendak hati dan kadangkala rasa serba salah apabila lebih cenderung bergaul dengan individu yang jantina sebaliknya. Mereka akan memakai pakaian kepunyaan jantina yang sebaliknya dan rasa dirinya begitu dekat dengan jantina berkenaan.

"Perasaannya untuk mendekati jantina yang dia anggap sebagai jantina nalurinya akan menjadi lebih ketara apabila memasuki alam remaja dan menghayati pergolakan hormon seksual dan mengalami pembesaran anggota kelamin. Ketika itu, mereka akan berasakan perubahan dirinya lebih jauh daripada kehendak diri dan tertekan," katanya.

Mengenai proses mengenali identiti diri dan fenomena transeksualisme, Dr Ismail berkata, pengenalan diri mengenai jantina seseorang itu ialah suatu proses yang dinamik dan tertakluk kepada baka penentuan jantina.

Justeru, katanya, proses pengenalan diri jantina individu pada bahagian otak atau minda berlaku lewat. Pengenalan mengenai penetapan jantina seseorang itu hanya menjadi nyata selepas suatu masa apabila bahagian otak yang mempengaruhi penetapan satu jantina mulai berbentuk dan berfungsi.

Sebagai contoh, beliau berkata, bahagian hypothalamus dan pre-optic nucleus (PON) otak mengawal perilaku seksual dan bahagian ini lebih besar dalam otak lelaki daripada otak perempuan.

"Sebilangan besar individu yang masuk dalam golongan transeksual mengalami kekeliruan mengenai diri mereka daripada aspek identiti seksual mereka dan mereka perlu menjalani bimbingan untuk mengenali diri dengan lebih dekat dan ini mungkin perkara awal yang perlu dilakukan," katanya.

Beliau berkata, kajian menunjukkan sebahagian besar mereka berubah sebegitu rupa disebabkan elemen psikologi dan pembawaan. Ia berhubung kait dengan keluarga golongan itu. Jika bapa lebih dominan, perempuan dalam keluarga itu cenderung berubah sifat kepada jantina sebaliknya.

Daripada segi perubatan, Dr Ismail berkata, jika bayi lelaki dan perempuan masih dalam kandungan ibunya dan ketika itu, kebetulan ibunya mengalami peningkatan hormon kelakian dalam badan ia dikatakan menjadi faktor penyumbang kepada perwatakan lebih kasar.

"Kajian antarabangsa yang dilakukan Prof Melissa Hiles itu mendapati, pengaruh perubahan hormon dalam badan perempuan mengandung mempengaruhi sifat anak yang bakal dilahirkan. Jika mempunyai lebih hormon testosterone, bayi yang dilahirkan mempunyai ciri kelakian yang lebih," katanya.

Selain itu, beliau berkata, gelaran mak nyah bukan saja diberikan kepada lelaki yang menyerupai wanita tetapi gelaran itu juga diberikan untuk wanita yang mempunyai perwatakan lelaki dan mempamerkan sifat kelakian berbanding kewanitaan.

"Kita jangan keliru dengan tomboy dan lesbian. Tomboy hanya mempunyai perwatakan menyerupai lelaki tetapi tidak berminat golongan sejenis. Manakala, lesbian ini pula mempunyai naluri minat golongan sejenis.

"Walaupun perempuan menyerupai lelaki tetapi jika mereka minat menjalinkan hubungan dengan golongan sejenis tetap dikategorikan sebagai lesbian. Tomboy kebiasaannya akan mengikat payu dara mereka kerana tidak mahu kelihatan seperti perempuan," katanya.

Dipetik sepenuhnya dari sumber asal: Artikel utama ceraian ‘Dimensi, akhbar Berita Minggu, terbitan Ahad 19 November 2006 - Ed.

Untuk perbincangan lebih lanjut tentang isu-isu lelaki dan gender, sindrom disforia gender dan label-label sosial kontemporari seperti 'lelaki lembut', 'pondan' dan sebagainya, sila rujuk beberapa bab berkaitan dalam buku 'Menjejak Sang Neomaskulin' terbitan Buku Prima (2008).

19 comments:

nasya shimira said...

By looking in positive side, the author are trying to tell about "Pengkid", lesbian and tomboy character.It's good for us to identify this kind of people. Author also share about the point of society view about "Pengkid" life. He want the society to keep alert about this critical issue because it will affect other teens. This article also can give motivation to this group of people to wake up from their undefined world.

In negative side,"Pengkid" is so annoying at the same time when they trying to be romantic with her couple like hugging or kissing. They also over acting to be a boy and they totally dress up like a boy. Some "Pengkid" and lesbian don't feel any ashamed when hugging their partner infront public. Man also a main cause the ladies choose to be a lesbian because the ladies feel very disappointed with their sweet promised.

Hasnaa Sakinah said...

After reading this article, I can see clearly that homosexual relationship has become a culture that need to be prevented immediately. If these unhealthy cultures are spreading like mushroom after rain it surely will give bad impact to our community. These people who involved in this kind of relationship must be lack of religion’s knowledge or perhaps they confused about their own identity or their nature. They just want to fulfil their lust or to escaped from being woo by guys which will make them feel don’t safe. In addition, when they are doing sex, they don’t have to worry about getting pregnant. However, as a responsible community we should giving them help to comes out from this culture, support them and try to lend them ears on why they become like that. Our community need to stop from pin point others but instead sit together to solve the problem.

nasya shimira said...

After reading this article, I had found the positive and negative side. The positive side, I believe that they can defend themselves from external threats which are rape, theft and others. If we can see, the percentage of rapes case very high because the man is so voracious for lust. Therefore, they behave like men so that they will be protected from being raped. Besides that, their feelings will not be hurt by men because most of the men like to disappoint a woman's heart. On the negative side, I believe that person may be difficult to find a true love and slow to get married because they confused the status themselves. Besides that, they can be difficult to get a job but if they have a job even though community around him cannot work together because they thought that the transsexual is not capable of working in all aspects.

Ahmad Fazli said...

After reading this article, I found that this tomboy, pengkid and lesbian problems in our country should not be underestimated as they will affect other teenagers in the future. Due to this problem, parents play an important role in monitoring their children since they were young to make sure this problem does not happen in their family. The parents should get to know who are their children friends with and they should notice if there is any behaviour changes with their children because prevention is always better than cure. However, some of the teenagers out there are less fortunate. Some of them had to go through a miserable life which force them to an imprudent actions. These teenagers might not want to become pengkid, tomboy, or lesbian in the first place but they had no choice, because only these groups of people willing to accept them as who they are.

Amirah Nawwarah said...

I discovered that the author was trying to provide some protection towards the tomboy, pengkid and lesbian groups. I agree with the author where societies should not point fingers and being extremely mad to these three groups because it can cause them to feel left out and will eventually ignore all upcoming advices. This will only worsen the situation where the number of people who join these groups might increase because of their ignorance. However, in my opinion, the societies have to pay higher attention to these three groups at least those who are close to them. These close peoples should push those groups gently to change their behaviour. The groups have to realize that they can be blamed for some reasons. Not to say that the societies have to attack or ignore them but societies have to give some strict advices to ensure that the groups realize their mistakes. (150 words) - Amirah Nawwarah binti Abdullah Zubir

Ain Asyraf said...

This symptoms should be emphasized in the present age , on the positive side I think that the narrator provides relevant opinion because he encourages the community to understand the situation not blaming or pointing fingers say to the families who educate their children, because is sometimes the desire they own or influence by environment. Advantage people like this always protect a woman who has been raped by men, they are restoring the spirit of the woman who let down for example Jessica , who admitted attempting suicide because too depressed, after meet Dee she was able to continue his life as normal. From negative side to the Malay community , such relationships are prohibited in religion, traditions have to say " Nabi tidak mengaku umat " because human beings were created in pairs and opposite sex, how long the couple will be together as a kind of endless love.

bel313-empireofalex.blogspot.com said...

After reading this article, I found that the existence of a tomboy group is gaining and growing in our society today. If this issue is not seen in the details, it is feared that it would spread into a more serious social problems. As a result, there will be an adverse effect on the society such as aspects of moral, social, health and religion. They should be helped because they confused with instincts that are in and of themselves.

However, we cannot blame each other in this matter. As a society, we should understand the situation and did not blame or pointing fingers to them. If everyone just pointing fingers, this matter would not be able to solved. Youths generation must have a sense of belonging and support from family and society that they will not be stuck with unhealthy elements to facing the challenges of globalization and social change in facing the life.

NURUL SYUHADA BINTI SUHAINAL KAMAL (2011504817-AAC1105D)

Awesome Nerds 8) said...

Based on the article, this group of people has many reasons why they are being a tomboy. The first reasons are because, this kind of relationship is safe and they are not responsible towards each other. Besides that, this relationship can be hidden from the family knowledge and most of these tomboy peoples are lovely and caring. From the interview with the people who are involved in this kind of relationship, they are happy and satisfy with the relationship. However, these tomboy symptoms are a dangerous symptom that can spread among the teenagers. First of all, there is a case where the tomboys are trying to suicide because the girlfriend is going to leave her. Because of these, the suicide cases are increased. Besides that, the symptoms taken away by tomboy are also serious problems that the society is facing now. Because of these, tomboy symptoms are becoming trend nowadays and worsen the teenagers.

NAME : NUR AININA BT MAT ARIT
MATRIX NO:2011753455
CLASS : 5D

Wolfies Bizzare said...

After I read these articles , I found that we can not point fingers at them ( tomboy , tomboy behavior and lesbians ) because this is not their fault entirely . We should know that they are doing this ( changing the appearance ) as there may be specific reasons . The reason is probably because they want their personal safety from unwanted threats such as rape, and so on . They also feel more secure if they are competent way.

However, they are mainly the Malay race and the rest of the Chinese , Indian and so on . Arrangements are also too obsessed with what they do to their relationship and the kind of relationship they did not last long . Furthermore , they are not sure of their future does not like the relationship of men and women who terminated legally binding . Their relationship was undoubtedly will invite disease damage the socio-cultural and spiritual values of the global community.

~azimah~

The Alliance said...

After reading this article, what can I conclude that lesbian, tomboy and ‘pengkid’ are different meaning to people but it brought a same symptom that is homosexual. They usually easy to accompany with a beautiful girls or lady. Sometimes, this is not their will but something try to make them change and side factors stimulate their desire to be what they want. The adolescent need a support and identity from trapped in this negative symptom. However, phenomenon of women act as men or male alter the appearance of the women describe sexual orientation teens caused side factors including genetic, hormonal, cognitive and environment. We must understand the situation that hit them and did not blame or point fingers to the families who have no idea of educating children. They did not afraid because they think that women cannot pregnant if they do homosexual.

Anonymous said...

Based on the article, the author claims that the tomboys are females, who dress and act like males, but still has feeling towards males. Moreover, pengkids are females who act and dress like males but their feelings are more towards the same gender. Pengkids are also tiding up their breast to make them look like males. However for lesbians, they do accept themselves as females which they act and dress as females but their feelings are more to women. Nevertheless, the tomboys can slowly be changed to become feminine with the help of family and friends as they could give advice and moral support to them. Furthermore, pengkids and lesbians are also having possibilities to become a feminine with the help of the experts (academic experts in the field of gender, qualified counselor or psychologist) through counseling process which at least could prevent pengkids and lesbians having sex with the same gender as them.
-Faisal Aiman AC5D-

Anonymous said...

After reading this article, the writer generally talks about gender on how females tries to transform to becoming males and vice versa and how this kind of people need help either physically nor emotionally. The writer also states that the blame should not just simply be pointed out on these people. According to the writer, researches had also been done proving that some of the behaviour comes from the surrounding, hormones and due to past experiences However the examples of cases provided by the writer were an indication of how this phenomena happens a lot in the society and the scientific research done by experts that shows this type of behaviour happens scientifically and genetically and some are on natural cause can create wrong ideas to the people and will probably make them think that this kind of behaviour is acceptable because it happens naturally and there is nothing they can do about it.

The Pop said...

After reading this article, this article mentioned that this homosexuality among women become increase. In the positive side, we should give their an opportunity to change and give them advise or counselor to this group of homosexual. Besides that, as a friend to this group, they should give a positive influence such as, tell them about this affairs are very wrong in Islamic law and show a good example. Besides, the community should not point the finger to blame them because they also as a human being. On the negative side, the community will insult them and they will curse them with harsh words. Besides that, this homosexual is prohibited in Islamic law and will be punished. However, this homosexual also humiliates and drop image in our country. Besides, maybe is bad to our future generation if this situation still happen.

The Pop said...

After reading this article, the positive side that I get is, the number of homosexual can be reduce or can be prevent where by the community must to be together to give an advice or commitment to this group of homosexual. This purpose that the homosexual will feel cared and thus automatically their commitments to change will increase. Furthermore, friends also play a strong role to advise this group of homosexual because they are very closely together when outside home. In addition, parents should play an important role. This is because the parents should monitor their children with providing adequate religious knowledge from beginning.

In contrast, the negative side I get this group of homosexual is not by nature. Besides, they are contrary with Islam that has been set. They will cause cases of teenage girls abducted by a group of homosexuals.

The Pop said...

After reading this article, the positive side that I get is, the number of homosexual can be reduce or can be prevent where by the community must to be together to give an advice or commitment to this group of homosexual. This purpose that the homosexual will feel cared and thus automatically their commitments to change will increase. Furthermore, friends also play a strong role to advise this group of homosexual because they are very closely together when outside home. In addition, parents should play an important role. This is because the parents should monitor their children with providing adequate religious knowledge from beginning.

In contrast, the negative side I get this group of homosexual is not by nature. Besides, they are contrary with Islam that has been set. They will cause cases of teenage girls abducted by a group of homosexuals.

The Pop said...

After reading this article, this article show many positive and negative side that I have read. I will start with the positive side first. Homosexual cases can be reduce when teenagers should have a good self esteem in life starting from primary school. Many teenagers been influenced this bad habits since primary school. Furthermore, parents also should observe their child such as ask them with who they friend and should know their children friend. Parents also should train their kid’s about the reality of life to the right path. Communities also should together among their self to give an advice or comment to this kind of homosexual group.

In other hands, this article also have the negative side about homosexual. Teenagers who join this kind of homosexual group mostly don’t get enough education about Islamic. Beside that, a way of homosexual is a main conflict in a religion of Islam.

The Pop said...

After reading this article, this article mentioned that this homosexuality among women become increase. In the positive side, we should give their an opportunity to change and give them advise or counsellor to this group of homosexual. Besides that, as a friend to this group, they should give a positive influence such as, tell them about this affairs are very wrong in Islamic law and show a good example. Besides, the community should not point the finger to blame them because they also as a human being. On the negative side, the community will insult them and they will curse them with harsh words. Besides that, this homosexual is prohibited in Islamic law and will be punished. However, this homosexual also humiliates and drop image in our country. Besides, maybe is bad to our future generation if this situation still happen.

The Pop said...

After reading this article, the positive side that I get is, the citizen must be opening minded for what issues that our country get. Not only just focus on their own problem but must take part or at least to know our citizen’s problem. The problem is citizen must unite to prevent, give advice to this feminine or tomboy. The citizen do not previous hands or do not care about them because if we do not precautions this issues, then this problem will not be solve. Parents should more concern because they have extra time with their children besides the citizen. Parents also play big roles to educate their children seen young about the right path of Islamic religion from being influence feminine or tomboy.
In contrast, the negative side of this kind of group is they are really not followed the right ways of Islamic religion and nature.

Mohammad Haffiz Mohd Ruzi said...

After i read this article came from Berita Harian/Minggu newspaper, the girls turn into a dude phenomenon is now growing bigly, in other words that is what we called "tomboy", "pengkid" or "lesbian". They are always making negative social activity with their partner even in public area. This will be a bad perception for that assortment from other people. However, there is still positive side of these clique. They are never be shame to others and look very confident wherever they are while people are already know who really they are. Plus, if they are doing an intimation time, there will no risky because of the same of sex would not cause any effect like carrying a child to the real world.

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *