Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Januari 2008
Setiap dari kita punya cita-cita yang lahir dari impian peribadi demi masa depan, tetapi sudah lumrah tidak semua daripada kita akan dapat merealisasikan kerjaya impian berkenaan, tidak kira lelaki atau perempuan. Adakah ini suatu hakikat kehidupan yang perlu kita terima tanpa banyak soal? Tidak juga.
Jadi apa yang perlu anda dan saya lakukan demi mengejar kerjaya impian? Mungkin kita perlu membuat pelbagai pengorbanan, mungkin juga kita sebagai kaum neo-maskulin perlu menerjah onak dan duri sebelum kerjaya yang diimpikan dapat menjadi kenyataan. Yang pasti, setiap neo-maskulin perlu mencari jalannya sendiri.
Jalan yang dipilih harus sesuai dengan citarasa tetapi pada waktu yang sama ia perlu juga diseimbangkan dengan kebolehan dan kemampuan sebenar diri kita. Yalah, semua orang mahu menjadi kaya dan mungkin juga glamor, tetapi seperti yang kita tahu kekayaan bukan mudah dicari apatah lagi glamor. Biar apapun bentuk kerjaya impian yang dikejar, jangan sesekali menyerah kalah kerana itu bererti anda sudah gagal mengejar impian…
Bicara Januari ‘08
“Dah puas saya hadir temuduga, semuanya hampa. Saya pernah terfikir untuk menyambung pengajian peringkat Master, namun tidak punya wang yang cukup, di samping keputusan yang kurang sempurna, tambahan lagi kerana ingin menukar bidang pengajian. Setiap hari saya fikir betapa bodohnya saya kerana tidak dapat kerja walaupun setelah tamat belajar.”
“Saya juga menjadi semakin tertekan apabila memikirkan tentang wang. Sedih sangat. Dengan keadaan seperti ini, hidup saya boleh gila. Saya dah hilang semangat untuk cari kerja lagi. Malah untuk memohon menyambung pengajian juga telah putus harapan. Tolonglah saya untuk buat sesuatu demi kelangsungan hidup sukar ini.”
Apis
Pasir Mas
Untuk sesiapa saja yang sedang bekerja dan mencari rezeki demi menyara diri dan famili, kerja atau kerjaya yang dilakukan kadangkala boleh menjadi bosan dan terlalu rutin hingga kita terlupa bahawa bekerja dan mencari rezeki adalah aktiviti yang memberi makna dan membantu kita meneruskan kehidupan seharian.
Kisah Apis di atas pastinya bukan bukan kes tunggal dalam diari anak muda neo-maskulin yang sedang mencari tapak kerjaya yang diimpikan. Tetapi sayang, kerjaya yang dicari tidak juga ditemui hingga timbul rasa rungsing dan sedih memikirkan nasib diri.
Adakah nasib diri seseorang boleh diubah apabila kita berbicara tentang kerjaya impian? Apa langkah positif yang dapat diambil jika anda seorang neo-maskulin yang berada di tempat Apis? Dan jangan kita lupa kata pepatah, berat mata yang memandang, berat lagi bahu Apis yang memikul segala beban ini.
Mulakan dengan fikiran dan perancangan yang rasional
Dalam emel beliau, Apis ada menyebut dia ‘mahu menamatkan semua ini’, dalam erti kata lain dia sudah berasa teramat letih untuk terus mencari pekerjaan dan mahu menamatkan riwayat hidupnya. Reaksi seperti ini sudah tentu tidak dapat membantu seseorang yang sedang mencari jalan untuk keluar dari kemelut diri. Malah, Tuhan juga mengajar kita agar tidak berputus-asa untuk mengubah nasib diri.
Maka Apis perlu mula berfikir panjang dan membuat perancangan rasional, tambahan pula umurnya masih muda dan umurnya dengan izin Tuhan, masih panjang. Jangan terlalu mudah terperangkap dalam emosi yang berkecamuk dan fikiran yang rungsing sedangkan ikhtiar masih ada.
Apabila emosi dan fikiran sudah tenang, barulah kita boleh berfikir dengan rasional dan mencari jalan keluar kepada segala dilema, konflik dan masalah yang ada. Tambahan pula dunia pekerjaan amat berbeza dan lebih mencabar dari hidup di kampus dan menghadiri kuliah di universiti.
Ketahui beberapa fakta kontemporari tentang mencari kerjaya
Mahu tidak mahu, apabila seorang siswa atau siswi berjaya menggenggam segulung diploma atau ijazah, dia perlu memikirkan tentang mencari pekerjaan pula. Ada beberapa perkara yang perlu saya kongsi tentang dunia pekerjaan hari ini.
Yang pertama, dunia pekerjaan hari ini lebih mencabar kerana ramai orang lain yang mempunyai diploma atau ijazah seperti anda juga. Malah, mereka mungkin lebih hebat dalam pencapaian akademik serta kokurikulum di kolej atau universiti! Oleh itu, tidak semestinya anda akan mendapat kerja hanya kerana anda sudah tamat kuliah.
Yang kedua, proses pencarian kerjaya juga mengambil masa yang panjang. Hanya kerana anda sudah hadir ke satu temuduga, tidak semestinya anda terus diterima. Ada banyak faktor lagi yang akan menentukan kejayaan anda, maka teruslah menghadiri semua temuduga yang ada.
Akhir sekali, majikan hari ini mencari calon yang mempunyai ‘nilai tambah’ seperti kemahiran berkomunikasi yang tinggi dan juga mereka yang mampu bekerja, bukan hanya cekap dan pandai dari segi teori.
Teruskan mencari kerja hingga akhirnya mendapat kepuasan bekerja
Konsep kepuasan bekerja sudah saya perjelaskan dalam ruangan ini beberapa bulan lepas. Apis dan neo-maskulin lain yang sedang mencari pekerjaan mungkin perlu ‘mencuba’ sebanyak mungkin kerjaya sebelum bertemu dengan kerjaya impian yang akhirnya membawa kepuasan bekerja.
Hari ini, ramai graduan muda terpaksa bekerja dalam organisasi atau situasi yang berlainan dari kelayakan mereka. Hal ini tidak seharusnya menjadi rintangan dalam hidup malah ia mungkin boleh membuka mata anda kepada suatu dunia baru. Tambahan pula, jika tidak sesuai cari saja kerjaya lain yang lebih menepati citarasa sendiri.
Kenapa saya berkata begitu? Percaya atau tidak, di Malaysia terdapat banyak juga kerjaya impian yang tidak dipenuhi oleh calon-calon yang sesuai. Begitulah insider information yang sering disampaikan oleh teman-teman saya yang bekerja sebagai pengurus dalam bidang pengurusan sumber manusia. Aneh bukan? Jadi Apis tidak seharusnya terlalu cepat mengalah dan merasakan dunia membenci dirinya.
Kerjaya impian boleh dicipta, mudah dicapai, dengan persediaan yang sesuai!
Siapa tidak mahu menjadi seorang eksekutif muda dan masuk ke golongan yuppie (young urban professional)? Masalahnya, adakah kita layak untuk kerjaya yang diimpikan selama ini? Apakah nilai tambah yang ada dalam diri? Seperti yang selalu saya leterkan kepada siswa dan siswi saya, hanya kerana anda punya diploma atau ijazah tidak semestinya anda calon terbaik untuk sesuatu kerjaya, lebih-lebih lagi kerjaya sebagai seorang profesional muda.
Pesan ikhlas saya kepada Apis, teruskan mencari pekerjaan dan janganlah mengalah kerana dunia kerjaya hari ini memang amat mencabar. Di samping itu, asahlah bakat dan kebolehan diri agar boleh memenangi hati penemuduga di masa akan datang. Bagaimana pula dengan peluang untuk berniaga dan menjadi usahawan? Nah, yang nyata ada banyak jalan yang boleh dipilih dalam mencari kerjaya impian!

Ikuti sepenuhnya artikel menarik dari saintis sosial, pensyarah dan pakar perunding kebangsaan dan antarabangsa yang berpengalaman luas ini, dalam MASKULIN JANUARI 2008 tentunya!
0 comments:
Post a Comment