Lelaki lembut, mak nyah, mat kepit, pondan, sotong... siapa mereka?

Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Julai 2006

Tulen, Tiruan, Kurang Pasti?

Apabila berbicara tentang gender dan seksualiti, semua orang mempunyai persepsi tersendiri tentang fenomena sosial ini. Bila membaca tajuk bulan ini, apa persepsi anda tentang topik yang bakal dikupaskan? Bulan ini kita akan melihat fenomena sosial yang dilabel sebagai lelaki feminin atau lembut (effeminate males).

Jika anda seorang neo maskulin yang berperwatakan lembut, anda harus terus membaca agar persepsi semakin jelas. Jika anda melihat diri sebagai lelaki macho, nah ini peluang untuk memperbetulkan persepsi anda tentang lelaki yang tidak begitu kelihatan seperti lelaki stereotaip.

Topik ini dipilih kerana ia bidang kajian saya dan kerana setiap minggu akan ada 1-2 emel atau MMS yang bertanyakan tentang lelaki lembut, lelaki gay, lelaki homoseksual, biseksual dan bermacam jenis lelaki lagi. Tetapi, kita akan hadkan kepada lelaki lembut sahaja, untuk bicara kali ini.

Bicara Julai ‘06

Pertama: “Biar aku terus-terang, aku lelaki tapi aku tak macam lelaki. Aku suka benda yang keperempuanan, di sekolah menengah dulu aku selalu dipukul budak lain dan dipanggil Nyah. Aku memang tertarik kat lelaki tapi aku ingat Tuhan. Famili aku pun tak bising suruh kahwin. Aku takut kalau aku tergoda dekat lelaki, lelaki memang kuat menghina tapi suka sangat goda. Apa jadi kalau aku tertewas?”

Dari AINUL, Johor

Kedua: “Tak siapa sangka saya akan lahir macam ni. Mungkin dulu Mama nak sangat anak perempuan, sekarang saya macam ni. Saya belajar di universiti, tapi rasa macam neraka. Ada saja yang hina dan kutuk golongan kami, lebih-lebih lagi pensyarah dan yang mengaku alim. Saya pernah terjebak dengan lelaki masa sekolah, tapi sekarang saya dah berhenti. Kenapa orang benci sangat lelaki macam kami?”

Dari JERRY, Bangsar

Pertama sekali, ada satu perkara yang perlu diperjelaskan. Sebenarnya anda langsung tidak bersalah jika anda seorang lelaki yang berperwatakan agak feminin, itu adalah sebahagian daripada kepelbagaian gender (gender diversity) yang sudah banyak dan sudah lama dikaji oleh saintis sosial.

Tetapi harus diingat, pegangan liberal bahawa tidak salah menjadi feminin sama sekali tidak boleh disalah-ertikan bahawa tidak salah juga jika seorang lelaki menjadi gay atau homoseksual. Perkara ini telah ditegaskan dalam kitab-kitab suci semua agama di dunia kerana hubungan sejenis antara lelaki melanggar hukum tabii.

Aneh, bukan? Memang terdapat banyak titik percanggahan (points of contradiction) dalam kajian gender dan seksualiti. Kita sebagai rakyat Malaysia dan orang Asia yang mementingkan nilai agama dan moral, harus berpegang dengan tali suci itu. Yang salah tetap salah. Bagaimanapun, adakah salah jika anda lelaki feminin? Apa implikasinya dalam hidup anda sehari-hari?

Yang feminin tidak semestinya gay atau homoseksual!

Memang ramai yang salah faham dan mempunyai persepsi kabur tentang fenomena lelaki feminin. Mereka merasakan ia suatu kejanggalan sosial dan lelaki seperti itu harus dihapuskan dari muka bumi atau diperbetulkan agar mereka kembali normal. Tetapi, seperti apa yang dikongsi oleh Ainul, lelaki normallah yang banyak membawa duka nestapa dalam hidupnya. Malah mereka yang menggoda Ainul agar menjadi homoseks.

Dalam masa yang sama, ada juga lelaki feminin yang pernah atau sedang terlibat dengan hubungan sejenis, tetapi tidak semestinya begitu. Malah, dengan kesedaran sendiri lelaki seperti Jerry boleh mengubah jalan hidupnya walaupun dia masih lagi dibenci dan dicaci oleh orang lain yang tidak mengerti.

Dari pengalaman dan penyelidikan saya, lelaki feminin yang menjalin hubungan sejenis tidak begitu faham tentang orientasi seksual mereka dan mereka secara tidak langsung telah terjebak kerana godaan lelaki normal dan ditambah nafsu mereka sendiri terhadap kaum maskulin.

Lelaki feminin juga normal dengan cara tersendiri

Sesiapa sahaja yang terus mencaci serta menghina golongan lelaki feminin, adalah orang yang bodoh dan sombong. Mereka bodoh kerana tekanan jiwa yang mereka berikan kepada Jerry mungkin akan memaksanya kembali menjadi homoseksual. Dan, lelaki yang sering mengganggu lelaki feminin seperti Ainul agak sombong kerana mereka gay sebenar yang dapat menutup rahsia dari segi perwatakan atau tuturkata.

Jika anda seperti Ainul dan Jerry, anda tidak keseorangan dan pastinya ada teman yang memahami keadaan anda. Anda juga normal tetapi anda dibenci oleh kerana ramai ahli masyarakat masih buta dan ada segelintir yang bertindak lebih gila kononnya untuk menjadikan anda lelaki normal pada kacamata mereka.

Kuatkan semangat kerana Tuhan lebih memahami keadaan anda dan anda mempunyai potensi untuk meneruskan hidup seperti orang lain. Malah anda punya kelebihan tersendiri yang membolehkan anda berjaya dalam bidang-bidang yang sebelum ini hanya diceburi oleh kaum wanita sahaja.

Dunia ini tidak berpaksi di atas hubungan seksual

Ramai lelaki feminin yang saya temui mengatakan mereka tidak boleh menahan diri dari terjebak dengan hubungan sejenis. Sebenarnya perkara ini tidak benar dan Ainul serta Jerry perlu memahami di mana letaknya garis sempadan yang tidak boleh mereka seberangi sama sekali.

Penyelidikan menunjukkan bahawa dalam jangka hayat manusia, akan anda masanya apabila seorang lelaki atau wanita menjadi tertarik (curious) kepada kaum sejenis terutama di peringkat kanak-kanak atau awal remaja. Fenomena ini berlaku semasa pembentukan personaliti. Ia sesuatu yang normal dan tidak harus berlanjutan hingga hubungan di luar tabii berlaku.

Dalam erti kata lain, kenapa harus segalanya berkisar mengenai seks semata-mata? Dunia ini maha luas dan pelbagai aktiviti boleh dilakukan oleh seseorang yang pro-aktif. Maka, alasan bahawa anda ‘tidak tahan’ melihat lelaki lain perlu diperhalusi kerana jika difikir secara rasional lelaki juga berkehendakkan wanita tetapi itu tidak semestinya berakhir di ranjang pada setiap masa dan ketika, bukan?

Masih kurang pasti, tentang gender dan seksualiti?

Hilangkan segala rasa sangsi dan berbanggalah menjadi diri anda yang sebenar. Lembut atau kerasnya seseorang bukan kayu pengukur kehebatan personaliti atau kemurnian hati. Memang mudah untuk orang lain mencaci atau menghina lelaki feminin, tetapi mereka sendiri tidak pernah tahu bagaimana rasanya menjadi lelaki lembut. Dan, mustahil persepsi salah mereka boleh diubah.

Buat Ainul dan Jerry serta lelaki feminin lain di luar sana, anda lebih mengerti tentang keadaan hidup anda sendiri. Tetapi, ingat bahawa banyak perkara lain yang agak lebih menarik dari memikirkan orientasi seksual setiap enam saat. Anda lebih bijak dan lebih tahu dari kami yang tidak mengerti dan anda perlu menentukan arah hidup yang membawa kebaikan dan kebahagiaan di dunia ini, dan pastinya selepas mati.

Sebagai seorang Saintis Sosial, memiliki serangkai kelulusan akademik dengan pengalaman penyelidikan serta sebagai pakar rujuk, di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di televisyen, radio, akhbar dan majalah beliau sering berkongsi kepakaran dalam multi-disiplin Ilmu Kaunseling, Psikologi, Sosiologi, Linguistik, Pendidikan, serta cabang ilmu lain.

5 comments:

Shaiful Mukhelas said...

Sentap I baca your working title .. terasa k ahahahaha ... how come I never see this article in flesh? Btw harus la kalau akak2 mati masuk syurga special untuk pondan2 ahahahaha ....

Mohd Fauzi Bin Seman said...

x siapa berhak mengutuk golongan lelaki lembut. ala. yang mengaku maskulin pon bukan ada apa pon. badan jer lebih.. susah sikit dah gelabah... hahahahaha

Mohd Fauzi Bin Seman said...

hahaha. saiful2... macam la kau tu keras sangat. cover macho la kau nei..

Anonymous said...

biar aku terangkan.

tuhan ciptakan jantina lelaki dan perempuan sahaja. takde tengah, and takde yang boleh jadi due2. orang yang nk jadi berlawanan dengan kejadiannya ni diumpamakan sebagai hamba yang kufur. sombong dan melawan ketentuan tuhannya.
ada orang debate mengatakan dah tuhan jadikan aku ngan sifat macam ni nk buat macam mane?..Lol..mudahnya ko nk menyebut nama tuhan and in the mean time ko mengutuk tuhan dengan perbuatan ko.
so kepada sesiapa yang lembut tu anda tidak dikategorikan sbg manusia nor haiwan. and haiwan pn lebih mulia lagi dari ko.

azzim said...

nyata sekali dangkalnya fikiran anda (siape ?)... agaknya kurang iman lagi... apa2 pun, "Yg Lembut" jgnla ikutkan hati & perasaan, study & working mcm manusia lain, yg penting ingat Tuhan, Ibu Bapa & jgn lupe... dunia ini pinjaman... akhirat KEKAL ABADI (tempat pembalasan)... Allah jualah tempat kita mengadu ... KepadaNya jualah kita bersujud.. so jauhkn dari iblis yg dilaknat itu..!

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *