10 soalan bakal menantu lelaki dari pihak ayah si perempuan...

"Wahai anak muda (kumbang durjana) yang ingin memetik bunga sekuntum yang dari kecil aku gantikan napkinnya, berinya minum air susu termasuk juga mengutip najisnya yang jatuh bertaburan serta membasuh air kencingnya yang 'terbocor'. Yang aku sayang dan aku jaga, yang aku carikan rezeki untuknya. Yang lahir ke dunia sebagai anugerah untuk aku dan ibunya."

"Jawab SEPULUH soalan ini seikhlasnya kepadaku sebagai wali bunga yang mahu kau petik ini:"

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]


PERTAMA: "Apakah pendapatmu anak muda, tentang seks di luar nikah dewasa ini?"

(Yang tersirat: Apakah pengalamanmu sewaktu merasainya? Dengan siapa? Teman lelakimu?)


KEDUA: "Nombor 'pi' bersamaan 3.142 itu sebenarnya mempunyai berapa titik perpuluhan?"

(Yang tersirat: Adakah kau bodoh sifir dan tidak tahu mengira?)


KETIGA: "Antara produk lelaki L'oreal, Nivea dan Gilette yang mana satu dapat melembutkan kulit?"

(Yang tersirat: Adakah kau homo yang mahu menggunakan anakku untuk kembali ke pangkal jalan?)


KEEMPAT: "Antara telur ayam dan anak ayam, yang mana satu wujud dulu?"

(Yang tersirat: Adakah kau boleh berfikir secara logik dan kritikal?)


KELIMA: "Siapakah yang lebih kau utamakan? Emakmu atau ayahmu atau anak aku itu?"

(Yang tersirat: Adakah kau Mama's Boy, anak manja atau budak lelaki yang masih belum matang?)


KEENAM: "Antara makan batu, kayu dan pasir, yang mana satu akan kau berikan kepada isterimu?"

(Yang tersirat: Jika kau tak ada duit, nyahlah kau dari sini sebelum aku terajang!)


KETUJUH: "Senaraikan lapisan bumi bermula dari bahagian kerak bumi 0-40km hingga ke lapisan langit yang tertinggi iaitu eksosfera."

(Yang tersirat: Budak ni pernah belajar sains tak masa kecik dulu?)


KELAPAN: "Sebutkan sepuluh negara berdaulat di benua Amerika Latin dalam turutan huruf yang betul bermula dengan Argentina."

(Yang tersirat: Amik kau, aku sendiri pun tak tau apa jawapannya!)


KESEMBILAN: "Antara BlackBerry dan iPhone, yang mana menjadi pilihanmu wahai anak muda?"

(Yang tersirat: Kalau dia jawab Nokia, sepak je budak tu!)


KESEPULUH: "Di rumahmu, adakah ayahmu, emakmu, adikmu, abangmu atau kakakmu yang mencuci pinggan mangkuk dan kain baju?"

(Yang tersirat: Jawapannya SAYALAH pakcik. Kau ingat anakku itu pembantu rumahmu ke?)


SOALAN BONUS (jika bakal menantu lelaki itu beragama Islam): "Berapa rakaatkah sewaktu sembahyang jenazah? Berapa kali kita harus rukuk dan juga sujud?"

(Tersirat: Kalau ini pun tak boleh jawab, punah le harapan!)

1 comments:

Unknown said...

Most beautiful word -ALLAH
Most beautiful song -AZAN
World's perfect encyclopedia-AL QURAN
Best exercice-PRAYING
BEST DIET-FASTING
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADAN 2010 PADA ADMIN..

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *