TeechThinks: 'Rahsia' tarikh lahir, bulan lahir, nama? ‘Sains’ metafizik?

ANDA sedang berusaha mencari 'rahsia' tarikh lahir, bulan kelahiran, nama? Anda berminat dengan 'misteri' warna dan cakra alam semesta? Anda benar-benar ingin mengenali diri sendiri melalui ‘sains’ metafizik?

HARAP MAAF, teruskan mencari blog-blog pakar motivasi Melayu tipu daya, ahli putar alam sa-Malaya. Informasi buang masa yang anda cari, tiada di sini.

Topik-topik di atas lebih layak untuk dihantar ke bakul sampah dan lebih sesuai di zaman purbakala apabila manusia masih berjalan memakai cawat di bahagian kemaluan sambil berlari-lari riang memburu dinosaur. Anda sedang berlari-lari sambil memakai cawat untuk memburu seekor T-Rex?

'Rahsia', 'misteri' dan 'sains' bakul sampah di atas juga amat sesuai untuk individu yang tidak boleh berfikir untuk diri sendiri, yang agak keterbelakang dan mendapat skor yang rendah dalam skala ukuran potensi diri. Anda tidak tahu cara berfikir, agak keterbelakang dan ada kecacatan otak?

Apa? Menurut 'alim ulama' topik sebegini halal di sini agama? Ya, mungkin untuk agama manusia yang menyembah matahari, bulan dan pohon di dalam hutan. Mereka juga gemar memakan bangkai haiwan dan meminum darah binatang. Anda sembah pokok, makan bangkai sambil minum darah binatang?

ATAU anda sekadar suka-suka? Ini senarai jawapan biasa untuk mereka yang meminati topik bakul sampah ini: "Sekadar suka-suka". "Bukan betul pun". "Hanya ingin tahu". "Bukan saya percaya". "Saya main-main je". "Sekadar isi masa lapang". "Tidak salah, kan? Bukan berdosa pun. Alaaa, releks-lah!!!"

'Rahsia', 'misteri' dan 'sains' bakul sampah sesuai untuk individu yang diberikan otak tetapi tidak tahu berfikir...
Adakah anda individu seperti ini? Tahniah. Jangan risau, anda tidak bodoh. Yang jelas tanpa perlu disuluh, cahaya ilmu minda anda semakin malap dan hati anda mungkin dalam kegelapan...

Adalah menjadi kerugian yang amat besar kepada kaum dan agama anda kalau anda amat mudah disesatkan oleh mereka yang membuat dalil rekaan sendiri berdasarkan ‘bukti’, ‘fakta’ atau ‘kajian’ yang tidak jelas – yang kononnya berdasarkan ‘sains’!

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Sesungguhnya, agama melarang anda memikirkan perkara yang tidak perlu difikir. Agama mendidik anda supaya mencari ilmu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna. Adakah ‘rahsia’ tarikh/bulan lahir atau nama itu berdasarkan akal, fikiran yang logik dan pengetahuan yang berguna? TENTU SEKALI TIDAK!

Anda masih agak keliru dengan pembohongan 'rahsia', 'misteri' dan 'sains' tarikh, bulan serta nama dengan penilaian psikologi personaliti? Izinkan saya berkongsi sedikit informasi berguna.

PERTAMA: Penilaian personaliti (juga dipanggil ‘psikometri’), adalah ujian kecenderungan seseorang. Misalnya, seorang individu yang cenderung untuk berasa malu, yang terlalu yakin, yang sukar bergaul, dan bermacam-macam ciri personaliti lagi.

KEDUA: Ujian sebegini diberi markah/skor berdasarkan data statistik terkumpul, yakni membuat perbandingan diri seseorang (anda misalnya) dengan sekumpulan manusia lain yang besar bilangannya.

KETIGA: Ujian-ujian psikologi personaliti juga hanya mampu menunjukkan beberapa ciri personaliti utama tetapi tidak kesemuanya!

SOALANNYA...

Katanya ini roda misteri warna dan cakra alam semesta, dengan mengetahuinya hidup anda akan 'cemerlang'!
SATU: Adakah personaliti manusia merangkumi ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama?

DUA: Dapatkah ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama diuji dan dibuktikan secara ilmiah?

TIGA: Secara logik, adakah kita diperbodohkan oleh ‘rahsia’ tarikh/bulan/nama?

AMPUN MAAF DIPOHON jika nada entri ini terlihat terlalu kasar terutama sekali di permulaan tadi. Bukan niat untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Tidak dapat kita sangkal ada penceramah motivasi Melayu memberi ilmu yang bermanfaat.

Walau bagaimanapun, dalam hal 'rahsia', 'misteri' dan 'sains' tarikh lahir, bulan kelahiran atau nama serta perkara ‘metafizik’ lain – kesemuanya tidak jelas, tidak logik dan boleh membawa kepada kebatilan (perihal tidak benar, perkara yang berlawanan dengan kebenaran).

Asas 'sains' nombor adalah tilikan/ramalan masa depan melalui numerologi, posisi planet dan hal khurafat lain!
Sedikit INFORMASI untuk anda yang beragama Islam dan anda PERCAYA atau sekadar SUKA-SUKA berminat dengan  'rahsia', 'misteri', 'sains'  tarikh/bulan/nama dan khurafat metafizik yang lain.

Kata tokoh akademik dan mantan Mufti Besar Perlis:

“Dalam masyarakat yang menghadapi berbagai tekanan hidup [...] ramai yang akan cuba mencari ‘keajaiban’ untuk merentasi semua itu. Jika tidak dengan iman, maka sihir, merenung nasib dan berbagai khurafat akan timbul dan mengambil tempat. Akan ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan daripada keadaan yang seperti ini.”

“Islam menentang semua unsur khurafat, tahyul dan apa sahaja kebatilan yang tidak berasaskan fakta dan dalil yang benar. Meramal tanpa asas-asas yang boleh dipercayai atau saintifik adalah merosakkan akal dan menimbulkan berbagai salah sangka dalam kehidupan manusia. Segala unsur yang MEMPERBODOHKAN manusia, ditentang keras oleh Islam.”

“Kepercayaan bahawa tarikh tertentu membentuk watak tertentu tidak berasaskan bukti ilmiah sama sekali. Demikian juga, kepercayaan rupa paras tertentu membawa perangai baik dan buruk yang tertentu tidak berasaskan bukti melainkan prasangka terhadap ciptaan Allah. Jika ada yang mendakwa bahawa tarikh lahir tertentu seperti angka ‘1′ mempengaruhi ciri-ciri tertentu dengan disertakan bukti, itu BUKANLAH bukti yang boleh kita terima.”

* Cari juga tulisan Ust Zaharuddin Rahman (pembicara Al-Kuliyyah TV3) tentang hal ini. Wallahu'alam.

Aneh bukan? Semakin kita maju, semakin kita mudah diperdaya oleh tipu daya manusia yang menyesatkan?
Bukalah mata, luaskan minda dan SAMPAIKAN perkara ini kepada sanak-saudara dan kenalan anda. Ampun maaf sekali lagi dipohon atas nada yang keras di permulaan entri ini. Salam hormat diucapkan.

** Tampalan asal bertarikh 30 Jun, 2010. Disunting dengan informasi tambahan tanggal 7 April, 2012.

TERUSKAN dengan artikel berkaitan yang diterbitkan dalam majalah Maskulin (entri satu & dua).

KETAWAKAN individu (diri sendiri?) yang telah diperdaya di blog NOTEpad (entri satu & dua).

BACA versi alternatif yang lebih ilmiah mengenai isu khurafat 'rahsia', 'misteri', 'sains' nombor, dll.

6 comments:

lufkin said...

wah.. finally dah update blog teech... =p

Superwoman said...

Thanks for sharing ....
Secara tulus...saya memang langsung tak 'join' n 'ambik pot' pun perkra2 yg berkaitan dan sewaktu dengan 'ni'....so sy agree dgn ur opinion sir ....
Rahsia tarikh lahir..yg boleh mncerminkan personaliti tu ,betul ke ? Boleh percaya ke ? Serius....itula yang selalu mnjadi persolan di hati saya...cuma pabila ia dilaungkan oleh 'pakar2' so sedikit banyak boleh juga la mengganggu gugat insan2 yang jahil dan kurang arif macam saya ni kan.....
So sy rasa , insan 2 yg arif macam u sepatutnya mengorak langkah ...patut membetulkan keadaan ini....
Yessss...SIR go for it ! Jgn risau kami support baik punya ! Hehehehe

Hamdan said...

from my point of view la kn teech,baca or dengar boleh.tp jgn prcaya.lg pown stahu sy n s'ingat sy,waktu2 zaman jahiliah je org prcaya dgn bnda2 mcm nie.contohnye zaman2 firaun dulu.hehe... :p

Shadzril Elmy said...

masih ada lagi orang Melayu Muslim yg berpegang pada amalan kuno.. menilik nasib berdasarkan tarikh dan nombor.. cuma tak der crystal ball jer.. benda ni mmg nampak cam just for fun.. dengar bole percaya jangan or saje suka2.. tapi ni melibatkan akidah. kejayaan seseorang individu bukan terletak pada tarikh lahir atau nombor semata-mata melainkan atas daya usaha individu itu sendiri.

SIR, teruskan membongkar dan tegakkan kebenaran!!

Roslini Bt Che Ismail said...

frSaya pernah terdengar ceramah oleh pakar motivasi terkenal yang mengaitkan perkara seperti ini dengan merujuk kepada kitab tua "Tajul Muluk". Saya tak pernah tengok atau baca kitab tersebut cuma pernah dengar bahawa kitab itu adalah kitab tua yang dikarang oleh ahli sufi. Sejauh mana benar atau salahnya perkara ini membuatkan saya ingin mengetahui apa kandungan kitab tersebut. Dengar cerita kitab tersebut ditolak oleh ulamak kontemporari kerana dipercayai mengandungi unsur mistik yang boleh menyebabkan akidah kita terpesong andainya kita membacanya tanpa memahami yang tersirat. Dengan kata lain kita perlu dapatkan bantuan orang yang arif dalam bidang tersebut barulah dapat memahaminya.

Anonymous said...

bende ni memang mengarot pon..seolah2 segale aturan hidup kite dah ditetap kan..mcm robot plak..padehal manusia boleh berubah...diri sndr la yg decide nak bwat ape..bukan tarikh lahir tu..mangarot

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *