Dari kaum Hawa, perempuan, wanita ke identiti NeoFeminin kontemporari 1-2

PETIKAN siri tiga artikel "Identiti, personaliti wanita (NeoFeminin) hari ini" (Februari, Mac dan April 2012) ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin, Karangkraf (M).

Khalayak umum ditanya DUA soalan di bawah.

(1) Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
(2) Apakah nilai hidup yang dapat dijadikan sebahagian manifestasi personaliti wanita neofeminin?

Ciri/sifat ideal/unggul untuk dijadikan identiti serta manifestasi personaliti wanita (neofeminin) hari ini – kata WANITA:

SOALAN 1: Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Dia tegas, berbudi bahasa dan berpandangan jauh

Demikian ciri yang diletakkan oleh Puan Husna F dalam diri seorang wanita neofeminin. Sebagai seorang isteri, ibu dan juga pendidik yang berpengalaman Puan Husna percaya bahawa ada segelintir wanita hari ini yang kurang tegas dan tidak meletakkan budi bahasa sebagai asas identiti mereka. Hakikat ini seterusnya melemahkan wanita moden yang tidak tampak berdikari dan kadangkala kelihatan sudah hilang adab dan tatasusila mereka. 

Pendapat ini sama dikongsi oleh Puan Zarlina Z, juga seorang pendidik berpengalaman yang sudah berkeluarga. Puan Zarlina menyatakan bahawa musuh wanita moden adalah imej-imej filem romantis tempatan yang memaparkan wanita sebagai kaum yang lemah dan tidak ada misi besar dan visi jauh di dalam kehidupan. Beliau benci dengan imej wanita seperti ini kerana ia memberi bayangan bahawa peranan dan ruang lingkup hidup wanita adalah amat terhad.

Dia insan berpandu fikiran, bukan emosi semata-mata

Eima S, Fazliatul A dan Najma N memberi pendapat yang hampir serupa – wanita moden perlu pendidikan luas dan dia tidak boleh membiarkan emosi merajai identitinya. Pendidikan yang luas di sini tidak bererti pendidikan tinggi semata-mata. Pendidikan ‘luas’ adalah pengetahuan yang memberi pandangan dunia yang luas kepada seseorang.

Ketiga-tiga bekas siswi pengajian pengurusan salah sebuah IPTA ini juga melihat emosi sebagai sesuatu yang boleh memakan diri wanita. Kecenderungan seorang wanita untuk dikuasai emosi kadangkala akan menjadi racun dalam personaliti hingga akhirnya ia boleh merosakkan hidup. Mungkin sebab itu wanita digambarkan sebagai kaum yang lemah dan mudah diambil kesempatan. Pada masa yang sama emosi juga dapat memberi kelebihan kepada wanita dengan syarat mereka harus bijak menguasainya. Emosi wanita memberi nilai empati yang tinggi, bukan hanya simpati. Kaum wanita adalah pendengar yang baik – sesuatu yang agak kurang dlihat dalam diri ramai lelaki. 

Dia kemas bergaya, cantik lagi bersih peribadinya

Puan Atika A, Puan Hayati N dan Cikgu Shada M sebagai wanita-wanita profesional meneruskan tema ‘keseimbangan’ dalam usaha kita meneroka konsep wanita neofeminin. Mereka percaya bahawa wanita tidak boleh dan tidak perlu lari dari kehendak naluri untuk kelihatan elok dari segi fizikal dan luaran. Namun pada masa yang sama, mereka mahu wanita moden mencari keseimbangan antara keadaan fizikal dan juga isi hati.

Dalam erti kata lain, tidak lengkap keperibadian seorang wanita jika dia hanya pandai bersolek tetapi tatakramanya (budi pekerti dan adab sopan) kurang dan dia agak biadap atau biadat. Pendek kata, biarlah yang terlihat di luar sama bersih, cantik dan elok seperti yang terkandung di dalam hati seorang wanita. Kekemasan gaya diri yang ditambah dengan tutur kata yang manis serta hati yang elok akan memberi cahaya kepada identiti serta personaliti seorang wanita neofeminin. 

Dia yakin untuk ke hadapan, apabila diperlukan

Jangan hanya kelihatan seperti boneka cantik tetapi tidak memberi faedah kepada diri dan orang lain, demikian pendapat yang dikongsi oleh Erimo A dan Puan Farafiqin S. Mereka berdua mahu wanita neofeminin bersedia untuk melangkah ke hadapan apabila perlu dan tidak hanya berdiri di belakang kaum lelaki semata-mata.  

Berdasarkan pengalaman luas mereka di alam kerjaya, kedua-dua wanita ini sedih apabila melihat segelintir wanita hari ini seakan-akan sudah hilang keyakinan untuk melangkah ke hadapan terutama sekali apabila mereka terpaksa bersaing dengan kaum lelaki. Ini amat merugikan kaum wanita dan juga organisasi kerja apabila idea-idea bernas tidak dapat diketengahkan semata-mata kerana ada rasa kurang yakin di dalam diri. Sayangnya rasa kurang yakin ini masih terlalu kuat dalam diri wanita tempatan, mungkin kerana adat resam setempat yang masih agak tradisional.

Dia bersederhana namun dia miliki keterampilan diri

Eisha Z dan Dinazeti A menutup perbincangan kita bulan ini dari kaca mata wanita. Pada pendapat Eisha, seorang wanita neofeminin perlu bersederhana dalam tutur kata dan tindakannya pada setiap masa dan ketika. Percaya atau tidak, secara tidak langsung usaha ini akan menonjolkan peribadi wanita itu sebagai seorang individu yang berketerampilan. 

Di mata Dinazeti, seorang wanita neofeminin adalah seorang manusia yang cekap dan mampu untuk menangani banyak hal – tidak kira hal peribadi, keluarga atau di dunia kerjaya. Walaupun setiap orang ada kelemahan dan tidak mungkin seorang individu dapat menguasai segala cabang ilmu yang ada, seorang wanita yang berketerampilan adalah insan yang boleh dibanggakan. Walaupun jelas kesederhanaan dan keterampilan adalah dua ciri yang berlawanan, kedua-duanya boleh lahir serentak dalam diri seseorang. Wanita yang bersederhana namun berketerampilan adalah lambang pepatah Melayu, ‘ikutlah resmi padi, makin tunduk apabila makin berisi’!

SOALAN 2: Apakah nilai hidup yang dapat dijadikan sebahagian manifestasi personaliti wanita neofeminin?
KETAHUI definisi istilah identiti dan personaliti berdasarkan kamus.

LIHAT poster purbakala tentang cara mendidik anak perempuan di KIDSpad.

KETAWAKAN keterbelakangan manusia Alam Melayu apabila membicarakan gender.

2 comments:

Unknown said...

For me, modern woman out there is someone that has high education and good personality. They may look different by the way they act and respond to the other people. With high education, modern woman can think positively about some matter and can control their emotion well. I do not agree with Mrs. Zarlina when she stated that “the enemy of modern woman is a romantic movie images featuring a local woman as weak people and no big mission and vision far in life”. This shown hasty generalisation fallacy because she conclude that woman are weak after watching the movie. hidayah-

Unknown said...

From the point she was firmly, courteous, and knowledgeable, I think a modern woman nowadays are quite independent. They can think critically for some matter and can control their emotion well. Therefore, I do not agree with Mrs Zarlina Z opinion when she stated that “the enemies of modern woman are the images of the romantic film featuring a local woman as people who are weak and there is no mission and vision far in life”. From Mrs Zarlina Z statement, it shown hasty generalization fallacy when she just make a conclusion that woman are weak after watching the movie.-hidayah razim-

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *