PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin    [bahagian 2 daripada 2, item #26 hingga item #50 terakhir]

Inventori ini bakal membantu anda mengukur, melihat serta menilai sejauh manakah diri anda bersedia untuk (atau sedang) melalui proses revolusi diri. Namun, sebelum anda melengkapkan inventori ini, pastikan anda faham 5 peraturan mudah seperti berikut:

PERTAMA: TIADA jawapan yang ‘salah’ atau ‘betul’. Yang cuba dilihat, dinilai serta diukur adalah sejauh mana diri anda telah/sedang/akan melalui proses revolusi peribadi.

KEDUA: Oleh sebab tidak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’ anda TIDAK BOLEH berfikir terlalu lama sebelum memilih respons untuk semua pernyataan yang diberikan.

KETIGA: Anda dibenarkan mengambil seberapa lama masa pun untuk melengkapkan inventori ini, walau bagaimanapun anda TIDAK DIBENARKAN membaca penjelasan saya terlebih dahulu.

KEEMPAT: Anda TIDAK BOLEH meminta pendapat sesiapa pun ketika mencuba inventori ini. Jika anda inginkan pandangan kedua orang lain, pastikan anda menyiapkan inventori ini terlebih dahulu.

KELIMA (dan yang paling utama): Anda mestilah berlaku JUJUR semasa melengkapkan inventori ini mengikut gerak hati anda dan bukan mencari kejituan atau ketepatan seperti di dalam peperiksaan.

SEKARANG, teliti dengan hati-hati setiap pernyataan yang diberi dan pilih antara --- Saya yakin ini bukan gambaran diri saya (1) / Saya rasa ini mungkin gambaran diri saya (2) / Saya percaya ini adalah gambaran diri saya (3) --- kemudian kira skor untuk setiap pernyataan yang diberikan.

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin    [bahagian 1 daripada 2, item #01 hingga #25 sahaja]

Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) keseimbangan mental

Kalau ditanya adakah keadaan mental anda seimbang, apakah jawapan yang akan anda berikan? Rata-rata kalau ditanya, semua orang tidak kira lelaki mahu pun perempuan akan mengatakan bahawa dirinya adalah lambang keseimbangan mental dan kestabilan jiwa. Akan tetapi, kalau dinilai secara kritis, misalnya oleh doktor perubatan jiwa, mungkin penilaian itu bakal memberi kejutan!

Kenapa? Kerana dua faktor. Pertama, tekanan hidup zaman pasca-milenium mendatangkan banyak kesan yang negatif kepada kesihatan mental anda dan juga saya. Kedua, individu yang agak tidak seimbang keadaan mentalnya sebenarnya lebih ramai dibandingkan dengan individu yang seimbang.

Statistik untuk faktor kedua di atas, agak sama dalam semua masyarakat yang maju dan sederhana maju di dunia. Dipercayai penyebab utama masalah jiwa dalam masyarakat adalah tekanan hidup sehari-hari, kemahuan diri yang tidak pernah berhenti dan keinginan (tanpa batasan) mencari kemewahan hidup dalam bentuk harta dan wang ringgit!

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013

Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) kestabilan personaliti

Personaliti! Topik yang begitu menarik dibincangkan namun amat rumit untuk diperhalusi! Soalannya mudah, adakah anda memiliki personaliti yang stabil? Jika disuruh menaksir personaliti diri secara ikhlas dan tulus, mungkinkah anda berpuas hati dengan taksiran itu kelak? Atau mungkinkah anda akan berasa sedih dan tidak dapat menerima taksiran berkenaan?

Apabila berbicara tentang personaliti, destinasi yang dituju oleh semua orang adalah keseimbangan serta kestabilan. Walau sehebat mana pun seorang lelaki, jika personalitinya tidak seimbang, besar kemungkinan mentalnya juga tidak stabil. Dan jika mentalnya tidak stabil, sudah tentu lelaki itu akan membawa bahaya kepada dirinya dan orang lain di sekelilingnya.

Usaha ke arah kestabilan personaliti boleh dimulakan dengan menaksir aspek/ciri diri anda saat ini. Mungkin seseorang yang rapat dengan anda dapat membantu, sebagai contoh, emak anda, ayah anda, adik-beradik kandung anda, isteri anda atau mungkin juga teman-kekasih anda pada ketika ini (dengan syarat personaliti mereka semua baik lagi elok).

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013

Fahami hakikat serta realiti demi revolusi hidup kita, laki-laki dengan aspirasi untuk menjadi Sang NeoMaskulin!

Untuk memulakan revolusi diri, mulakan usaha dengan mengetahui realiti hidup lelaki. Tahukah anda? Semakin usia kita bertambah, semakin banyak risiko kepada kesihatan diri? Bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan? Tahukah anda tahap kesihatan dalaman diri anda?

Mungkin anda jagoan. Mungkin juga anda jarang dilanda penyakit waima demam selesema pun boleh anda kira dengan jari di tangan anda. Akan tetapi, ini tidak pula bermakna diri anda diperbuat daripada titanium dan anda kebal daripada semua penyakit yang suka datang tanpa diundang.

Bagaimana pula dengan kesihatan mental? Adakah mental anda berada pada tahap sepatutnya? Adakah anda, seperti saya, sesekali tidak dapat mengelakkan diri daripada depresi teruk? Jika ada, apakah pula langkah-langkah yang diambil untuk memastikan kesihatan mental anda terjaga?

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

Entri terbuka lelaki Melayu gay, homoseks, anak ikan, PLU, Melayu biseks (penggal 1)

Nota Ikhlas: Siri entri ini amat tidak sesuai untuk mereka yang berusia terlalu muda dan mereka yang sukar menerima realiti adanya individu-individu seperti ini dalam kelompok masyarakat Islam-Melayu Malaysia dan rumpun Melayu rantau Asia Tenggara. Ampun maaf dipohon sekiranya anda nekad untuk terus membaca...

Bermula awal tahun 2002 sehingga ke detik ini, topik di atas terus menjadi fokus peribadi kerana empati yang dirasai terhadap individu-individu berkenaan. E-mel dengan pengakuan seperti ini juga terus dilayangkan oleh para pembaca setia ruangan-ruangan majalah yang dikendalikan.

"Jujur saya suka seks dengan lelaki. Tabiat ini sejak sekolah dulu."
[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

Dari kaum Hawa, perempuan, wanita ke identiti NeoFeminin kontemporari 2-2

PETIKAN siri tiga artikel "Identiti, personaliti wanita (NeoFeminin) hari ini" (Februari, Mac dan April 2012) ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin, Karangkraf (M).

Khalayak umum ditanya DUA soalan di bawah.

(1) Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
(2) Apakah nilai hidup yang dapat dijadikan sebahagian manifestasi personaliti wanita neofeminin?

Ciri/sifat ideal/unggul untuk dijadikan identiti serta manifestasi personaliti wanita (neofeminin) hari ini – kata LELAKI:

SOALAN 1: Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

Dari kaum Hawa, perempuan, wanita ke identiti NeoFeminin kontemporari 1-2

PETIKAN siri tiga artikel "Identiti, personaliti wanita (NeoFeminin) hari ini" (Februari, Mac dan April 2012) ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin, Karangkraf (M).

Khalayak umum ditanya DUA soalan di bawah.

(1) Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
(2) Apakah nilai hidup yang dapat dijadikan sebahagian manifestasi personaliti wanita neofeminin?

Ciri/sifat ideal/unggul untuk dijadikan identiti serta manifestasi personaliti wanita (neofeminin) hari ini – kata WANITA:

SOALAN 1: Apakah ciri/sifat ideal atau unggul untuk dijadikan sebahagian identiti wanita moden hari ini?
[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Continue reading? Teruskan membaca?

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *