PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin    [bahagian 1 daripada 2, item #01 hingga #25 sahaja]

Inventori ini bakal membantu anda mengukur, melihat serta menilai sejauh manakah diri anda bersedia untuk (atau sedang) melalui proses revolusi diri. Namun, sebelum anda melengkapkan inventori ini, pastikan anda faham 5 peraturan mudah seperti berikut:

PERTAMA: TIADA jawapan yang ‘salah’ atau ‘betul’. Yang cuba dilihat, dinilai serta diukur adalah sejauh mana diri anda telah/sedang/akan melalui proses revolusi peribadi.

KEDUA: Oleh sebab tidak ada jawapan yang ‘betul’ atau ‘salah’ anda TIDAK BOLEH berfikir terlalu lama sebelum memilih respons untuk semua pernyataan yang diberikan.

KETIGA: Anda dibenarkan mengambil seberapa lama masa pun untuk melengkapkan inventori ini, walau bagaimanapun anda TIDAK DIBENARKAN membaca penjelasan saya terlebih dahulu.

KEEMPAT: Anda TIDAK BOLEH meminta pendapat sesiapa pun ketika mencuba inventori ini. Jika anda inginkan pandangan kedua orang lain, pastikan anda menyiapkan inventori ini terlebih dahulu.

KELIMA (dan yang paling utama): Anda mestilah berlaku JUJUR semasa melengkapkan inventori ini mengikut gerak hati anda dan bukan mencari kejituan atau ketepatan seperti di dalam peperiksaan.

SEKARANG, teliti dengan hati-hati setiap pernyataan yang diberi dan pilih antara --- Saya yakin ini bukan gambaran diri saya (1) / Saya rasa ini mungkin gambaran diri saya (2) / Saya percaya ini adalah gambaran diri saya (3) --- kemudian kira skor untuk setiap pernyataan yang diberikan.

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

Item 01.

Saya tidak pernah atau jarang berasa tidak senang ketika di rumah, berasa terperangkap, sentiasa mahu beraktiviti atau ingin membuat diri menjadi sibuk (KM).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 02.

Saya tidak pernah atau jarang membayangkan perkara-perkara buruk yang saya yakin pasti akan berlaku kepada diri saya atau orang lain (KM).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 03.

Saya cuba mendapatkan pandangan orang lain tentang personaliti saya, terutama sekali daripada ahli keluarga, teman rapat, teman-kekasih/isteri sendiri (KP).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 04.

Saya bersenam selama 30 minit hampir setiap hari dalam setiap minggu dengan tempoh rehat maksimum 2 hari sahaja (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 05.

Saya memastikan kesegaran minda misalnya dengan membaca, beriadah atau meluangkan masa untuk hobi-hobi yang berfaedah (KM).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 06.

Saya berusaha membuang aspek/ciri negatif personaliti saya, lebih-lebih lagi yang kelihatan jelek atau tidak elok di mata orang di sekeliling saya (KP).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 07.

Saya berusaha meningkatkan aspek/ciri positif personaliti saya, misalnya dengan meminta input daripada ahli keluarga, teman rapat, teman-kekasih/isteri (KP).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 08.

Saya berusaha menjaga berat badan ideal dan saya sentiasa memantau ukur lilit pinggang saya ini (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 09.

Saya memastikan bahawa saya melakukan pemeriksaan kesihatan komprehensif sekurang-kurangnya sekali setahun (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 10.

Saya memilih untuk bersabar, meluahkan rasa dan berdoa kepada Tuhan setiap kali hidup saya diberi cabaran-cabaran yang berat (KJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 11.

Saya memiliki sifat empati dan saya amat prihatin akan orang lain yang kurang bernasib baik berbanding diri saya (KJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 12.

Saya meminta orang lain memberitahu aspek/ciri personaliti saya yang buruk walaupun saya mungkin berasa sukar untuk menerimanya (KP).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 13.

Saya berusaha untuk mencari keseimbangan mental sebenar, bukan sekadar menipu diri sendiri bahawa diri saya okey pada setiap masa (KM).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 14.

Saya cuba aktifkan diri untuk riadah berbentuk fizikal paling tidak sekali seminggu, misalnya dengan mendaki bukit, meneroka rimba atau sukan ekstrem (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 15.

Saya tidak pernah berhenti beribadah kepada Tuhan, baik pada waktu senang atau pun ketika saya dilanda musibah (KJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 16.

Saya dapat mengekalkan tahap tenaga saya secara positif dan saya jarang berasa lemah dan/atau malas tanpa sebab yang jelas (KM).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 17.

Saya hanya percaya kepada kaedah/radas saintifik untuk menaksir personaliti, bukan berdasarkan perkara tahayul seperti rahsia tarikh lahir, metafizik, dll (KP).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 18.

Saya mengambil berat tentang tahap kesihatan fizikal diri saya, misalnya dengan memastikan saya mengekalkan berat badan unggul dan menjaga makan dan minum (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 19.

Saya mungkin diberi pelbagai dugaan oleh Yang Maha Kuasa, akan tetapi saya tidak pernah hilang percaya kepadaNya (KJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 20.

Saya mungkin tinggal jauh daripada keluarga saya akan tetapi saya selalu berusaha bertanya khabar mereka sekali-sekala (PJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 21.

Saya percaya diet atau tabiat pemakanan saya sekarang adalah diet yang baik dan juga agak seimbang (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 22.

Saya percaya nilai dan harga diri seseorang terletak kepada budi baiknya dan bukan harta atau pangkat yang dimilikinya (KJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 23.

Saya percaya perhubungan kasih-cinta saya sekarang memberi manfaat serta menyumbang secara positif kepada kualiti hidup saya (PJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 24.

Saya percaya perhubungan sosial saya dengan teman-teman rapat memberi manfaat serta menyumbang secara positif kepada kualiti hidup saya (PJS).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

Item 25.

Saya prihatin tentang nilai dan zat makanan yang saya ambil setiap hari, misalnya dengan mengawal kandungan gula yang saya ambil (KF).

Respons anda? (Pilih SATU sahaja) 1 / 2 / 3

PENAFIAN: Inventori ini tidak saya bina berdasarkan prinsip psikometrik atau radas saintifik untuk menilai aspek/ciri yang berkaitan pemikiran, perasaan serta tingkahlaku dan ia belum diuji darjah kebolehpercayaan (reliability) dan keesahannya (validity). Inventori ini sesuai digunakan hanya sebagai suatu radas penaksiran awal/rawak (preliminary/rough estimation instrument) kualiti keindividuan diri anda dalam lima sfera hidup lelaki neomaskulin.

BAHAGIAN 1-5

Hakikat, realiti demi revolusi hidup laki-laki;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kesihatan fizikal.

BAHAGIAN 2-5

Realiti hidup lelaki neomaskulin: kestabilan personaliti;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: posisi dalam jaringan sosial.

BAHAGIAN 3-5

Realiti hidup lelaki neomaskulin: keseimbangan mental;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kekayaan jiwa atau spiritual.

BAHAGIAN 4-5

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #01 hingga item #25.

BAHAGIAN 5-5

Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #26 hingga item #50.

LIBRARI TEECHCONSULT

Akses seksyen 'Lelaki NeoMaskulin' untuk huraian dan juga penjelasan penuh inventori...

TEECHCONSULT @ NOTEPAD

Perenggan awal siri artikel 'Tahun baru, diri yang lama, versi kemaskini';
Rasional untuk memulakan revolusi dalam hidup Lelaki NeoMaskulin.

TEECHCONSULT @ WORDPRESS

Entri pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin.

0 comments:

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *