Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Mei 2008
Setiap lelaki perlu meniup semboyan untuk memberitahu orang lain tentang kehebatan serta kemampuan dirinya. Jika perkara ini tidak dilakukan, maka lelaki tersebut akan hilang di dalam lautan orang ramai dan tidak ada sesiapa pun yang akan melihat dirinya. Dalam erti kata lain, lelaki yang sombong sentiasa kelihatan lebih hebat dan mampu melakukan apa saja, berbanding lelaki biasa dan sederhana yang merendah diri…
Bicara Mei ‘08
“Aku baru balik dari ‘team building retreat’ dengan rakan pejabat. Kami di Port Dickson kurang seminggu. Semua okay tapi satu benda buat aku tak puas hati sampai hari ni. Salah satu gerak kerja kami kena buat penilaian sesama sendiri. Dalam kumpulan aku ada sedozen termasuk aku. Macam mana semua kawan-kawan kata aku ni sombong, susah nak didekati dan hidung tinggi? Aku sebagai ‘middle management’ tak bolehlah bagi muka sangat kat orang bawah. Tapi ini melampau. Aku tak pernah rasa aku ni sombong, aku belanja pekerja aku makan, aku ajak sembang waktu lunch. Aku betul tak puas hati pasal ni.”
Sheik
Selangor
Adoi! Semua individu tidak kira lelaki atau wanita tidak suka jika diri mereka dilabel sebagai sombong atau label lain seumpamanya. Apabila kita dilihat sombong oleh orang lain, hati yang paling dalam seorang lelaki pun akan terluka dan berasa sedih. Lebih-lebih lagi jika lelaki itu tidak pernah melihat dirinya sebagai seorang manusia yang sombong atau bongkak.
Apa pun, kadangkala penilaian awal orang lain terhadap diri kita adalah tidak tepat dan langsung tidak mencerminkan diri yang sebenar. Tambahan pula, orang lain selalunya terlalu cepat menilai tanpa memberi peluang kepada seseorang untuk menunjukkan keperibadian positif serta nilai personaliti yang baik.
Jika anda dilabel oleh orang lain sebagai lelaki yang sombong, sukar didampingi dan berhidung tinggi, apa pula perasaan anda? Apakah tindakan yang akan anda ambil untuk memastikan bahawa semua label itu tidak benar? Hanya orang lain yang lebih tahu tentang diri kita kerana mereka melihat tindak-tanduk kita sehari-hari.
Tetapi, adakah anda lelaki sombong hanya kerana orang lain melihat anda sebagai lelaki yang sombong? Sejauh manakah kebenaran pendapat ini? Untuk menjawab soalan ini, anda dan saya perlu bermula dengan diri sendiri – kita perlu melihat diri dan personaliti dengan cara yang lebih telus. Kemudian, kita perlu mencari jalan yang terbaik untuk ‘menonjolkan’ diri dalam segala hal, tetapi dengan berhati-hati agar diri tidak kelihatan sombong. Ini kerana orang yang sombong selalunya dibenci oleh isi langit dan bumi!
Dalam kesombongan juga sesetengah lelaki cuba menyorokkan keburukan dan kelemahan diri sendiri. Kelihatan hebat tetapi hakikatnya mereka hanya ‘kelihatan’ hebat. Mereka mungkin juga lebih lemah atau teruk dari majoriti lelaki lain tetapi mereka berjaya membuatkan kita percaya bahawa mereka adalah lelaki terbaik di kalangan lelaki yang terbaik. Bagaimana pula dengan diri anda.

Ikuti sepenuhnya artikel menarik dari saintis sosial, pensyarah dan pakar perunding kebangsaan dan antarabangsa yang berpengalaman luas ini, dalam MASKULIN MEI 2008 tentunya!
0 comments:
Post a Comment