Airil Haimi Adnan, untuk majalah Maskulin,
ruangan 'Bicara Neo Maskulin', Jun 2008
Lelaki neomaskulin di negara kita sebenarnya mempunyai peluang yang banyak untuk memajukan diri melalui karier atau kerjaya yang bersesuaian dengan minat dan kemahuan peribadi. Di negara lain contohnya, peluang pekerjaan hanya boleh dicari di syarikat swasta tetapi di negara kita, sektor awam atau jabatan kerajaan yang menawarkan kerja ‘gomen’ tetap menawarkan peluang kerjaya walaupun bilangannya semakin terhad...
Bicara Jun ‘08
“Selepas bertahun bergelut nak habiskan degree, akhirnya saya lulus lebih dua tahun lepas. Sekarang ni saya kerja dengan satu syarikat swasta, tapi bukanlah syarikat nasional atau multinasional, tapi okay. Saya seronok, gaji pun agak lumayan. Saya nak cari pengalaman sikit sebelum cari company yang lagi besar pula”. “Masalahnya, mak ayah saya tak habis-habis suruh saya kerja dengan kerajaan. Macam-macam alasan diberi sampai saya dah naik malas nak balik kampung. Kenapa orang kita suka sangat kerja kerajaan? Hebat sangat ke? Macam mana nak bagi keluarga saya faham kehendak saya yang nak kerja swasta ni? Apa pendapat Encik tentang kerja kerajaan dan swasta?”
Azraai
Apa pun, bicara kita bulan ini bukan mengenai sains politik, sistem pemerintahan kerajaan dan perkara lain seumpamanya. Bulan ini perbincangan kita berkisar tentang pilihan kerjaya yang terpaksa dibuat oleh setiap lelaki yang hidup di malaysia hari ini – membina karier dengan pihak swasta atau memilih kerjaya dalam sektor awam?
Yang pasti, iklim pekerjaan hari ini bukan seperti yang dirasai oleh ibu, bapa, nenek dan datuk kita lebih 50 tahun lalu. Hari ini walaupun peluang pekerjaan masih ada, saingan untuk mendapat tempat semakin sengit. Kelayakan akademik saja sudah tidak mencukupi kerana satu sebab yang mudah – malaysia kini memiliki lebih 26 juta penduduk (tidak termasuk pekerja dari negara luar).
Jika anda berada di dalam situasi ini, apa pilihan anda?
Lazimnya, pilihan kerjaya adalah sesuatu yang peribadi bagi seorang lelaki kerana kerjaya adalah sesuatu yang amat peribadi. Kerjaya seseorang tidak boleh dipaksa kerana jika anda melakukan kerja yang bosan dan menyakitkan hati, anda tidak akan merasai kepuasan kerjaya yang sebenar-benarnya.
Lantaran itu, tahap produktiviti anda akan menurun, daya kreativiti akan semakin kurang dan akhirnya anda akan menjadi pekerja yang lesu! namun, apabila orang tersayang atau ahli keluarga terdekat memberi saranan agar anda memilih kerjaya yang ini atau yang itu, anda tentu akan tersepit di antara dua pilihan kerjaya. Sebagai seorang neo maskulin, anda tentu tidak mahu menghampakan hati insan tersayang, tetapi anda juga tentu tidak mahu menyakitkan hati sendiri.
Jadi, yang mana satu harus menjadi pilihan? Setiap seorang dari kita mempunyai persepsi berbeza tentang pekerja di sektor awam dan juga di sektor swasta. Mungkin kerana rekod yang kurang bergemerlipan dan segelinitir pekerja yang lesu, sektor awam dilihat sebagai pilihan ‘selamat’ tetapi tanpa cabaran dan pendapatan lumayan. Sektor swasta pula menjanjikan masa depan yang cerah, tetapi tindakan majikan membuang pekerja bila-bila masa boleh membuatkan seorang lelaki berfikir dua tiga kali untuk menerima kerja swasta.
Kerajaan atau swasta?
Utamakan bidang karier terlebih dulu! Bagi seorang lelaki seperti Azraai, dia nampaknya berminat dengan kerjaya korporat. Oleh itu, pilihan pertama dan utama azraai seharusnya untuk berkhidmat dengan sebuah syarikat swasta yang berpaksikan budaya korporat. namun jika anda berminat dengan tugas sebagai pentadbir contohnya, mungkin lebih baik jika anda memilih kerjaya di sebuah jabatan kerajaan.
Bidang karier adalah pra-syarat yang perlu ditentukan sebelum memilih untuk kerjaya dengan pihak kerajaan atau dengan syarikat swasta. akan tetapi, perlu saya terangkan di sini, untuk sesetengah jawatan pula anda boleh memilih sama ada untuk bekerja di sektor awam atau swasta, contohnya sebagai pegawai kerani atau pembantu peribadi.
Jika dirasakan perlu, apa kata anda mula bekerja dengan satu pihak terlebih dulu dan kemudian berpindah ke sektor lain? langkah ini tidak membuang masa atau menghilangkan senioriti kerana yang paling utama dalam kerjaya seorang lelaki neomaskulin adalah untuk mendapatkan pekerjaan yang menjanjikan konsep kepuasan kerjaya sebenar (yang sudah kita bincangkan beberapa bulan lepas dalam ruangan ini).

Ikuti sepenuhnya artikel menarik dari saintis sosial, pensyarah dan pakar perunding kebangsaan dan antarabangsa yang berpengalaman luas ini, dalam MASKULIN JUN 2008 tentunya!
0 comments:
Post a Comment