Dunia Si Kecil Kontemporari's back blurb

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ back cover blurb
submitted to Marshall Cavendish Editions Int'l, just a few moments ago...

Terlalu banyak untuk dikaji dan diselidik tentang kanak-kanak, walaupun akal kita dan kepercayaan umum mengatakan bahawa (kita) orang dewasa tahu segalanya tentang mereka. Budaya dan sistem kepercayaan kuno ditambah dengan kesan negatif sesetengah imejan media massa serta pendapat segelintir individu yang mendakwa diri mereka ‘pakar’ kanak-kanak memerangkap ahli masyarakat dalam suatu kitaran kejam.

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ ingin menghentikan kitaran ini dan mengangkat darjat ilmu pembangunan kanak-kanak ke tahap yang lebih tinggi. Usaha ini perlu agar kita boleh mengakses ilmu terkini demi mengubah persepsi kabur dan terus membantu tumbesaran sambil menyokong perkembangan kanak-kanak kontemporari.

Masanya sudah tiba untuk kita membezakan fakta sebenar dari pendapat kosong, penyelidik dari pengamal, pakar dari amatur – apabila kita membicarakan tentang dunia kanak-kanak kontemporari!

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ wajib dibaca pasangan ibu bapa yang mahukan maklumat terkini tentang tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak, penjaga kanak-kanak dan golongan guru bertauliah serta pengasuh sepenuh masa dan pendidik peringkat prasekolah yang ingin mengetahui tentang pendidikan formal si kecil.

‘Dunia Si Kecil Kontemporari’ juga wajib menjadi rujukan tambahan siswi dan siswa institusi perguruan, kolej serta universiti – malah sesiapa sahaja yang ingin membina pandangan dunia yang luas tentang kanak-kanak berdasarkan dapatan kajian dan fakta penyelidikan dari disiplin sains sosial khasnya, dan dari disiplin ilmu sains hayat amnya.

Semoga kita semua akan terus melangkah dan mengembara lebih jauh ke dunia kanak-kanak demi pembangunan diri dan potensi mereka. Sesungguhnya, hari ini kita sekadar meminjam dunia dari mereka dan mereka adalah pewaris dunia hari esok!


It is expected that the manuscript will go into print on September 1st, pending finalisations. Oh yes, as an aside, Dewan Bahasa dan Pustaka is awarding this book one of its coveted 'Hadiah Karya Ilmiah Negara' awards for the social sciences and humanities, for year 2007 - Ed.

1 comments:

Airil Shamril said...

Hello Airil,
Asslaamualaikum wbt..
Im just freelance wartawan saja.. Hehee..
Can i have ur email so that dpt saya contact awak?
Just email me at shamril_1982@hotmail.com

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *