1st preamble HARI BAPA: "Ayah di mata saya. Dialah Ayah. Ayah saya."

* Sempena Hari Bapa yang akan hadir beberapa hari lagi... izinkan weblog ini berkongsi sesuatu yang agak peribadi, tentang seorang ayah. Cebisan ini ditulis pada bulan Julai, 2003.

Ia cebisan artikel yang tidak pernah diterbitkan, mungkin kerana bila membacanya mata akan berkaca sambil mengingati hari-hari yang berlalu bersama ayah saya, lambang ayah sejati.

Hari ini saya seorang ayah. Adik saya juga sudah bergelar ayah dan sedang menanti cahaya mata keduanya, Insya Allah. Sambil anda membaca cebisan ini, mari kita mengingati serta meraikan ayah, bapak, daddy, papa atau walid kita sendiri...

UNTUK EDISI KHAS 'MASKULIN': HARI BAPA 2003 (tidak pernah terbit)

"Mungkin Ayah tidak sedar betapa pentingnya dia dalam hidup saya. Betapa dia adalah hidup saya."

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]

"Segala yang saya usahakan, Ayahlah insan pertama yang akan saya beritahu. Dengan Ayah, saya kongsi segala yang saya banggakan, juga semua kegagalan dan kepahitan hidup."

"Dan Ayah, tidak pernah mengecewakan walaupun pendapat kami selalunya agak berbeza. Yang penting, Ayah dan saya berkongsi perkara-perkara yang memberi makna di dalam hidup kami."

"Kelmarin Ayah masuk ke bilik saya, menunjukkan sijil yang baru diperolehniya, kerana berjaya mengikuti kursus asas 'landscaping'."

"Selain Emak dan kami, kasih-cinta Ayah adalah berkebun. Kata orang, lelaki yang gemar bercucuk tanam amat penyabar dan penyayang orangnya. Mungkin betul."

"Apa pun saya amat terharu. 56 tahun sudah umur Ayah namun dia tetap mahu belajar sesuatu yang baru. Mungkin kerana Ayah tidak pernah malu untuk bertanya, tidak pernah letih untuk berusaha."

"Pastinya juga kerana dialah Ayah saya."

"Sepanjang hidup saya, saya lihat Ayah terpaksa berusaha dan bekerja terlalu keras mencari rezeki buat kami hingga lewat malam dan hujung minggu, semata-mata kerana Ayah menjalankan tugasnya dengan penuh wibawa."

"Ketika lelaki lain sudah duduk berehat di samping keluarga, Ayah kembali ke 'sekolah', cuba mengejar segulung diploma."

"Kata Ayah: Kalau dapat diploma ni nanti sebelum Ayah pencen, dapatlah tambah duit pencen sikit. Taklah susahkan anak-anak bila dah tua..."

"Begitu jauh rupanya pandangan dunia dan pengorbanan hidup seorang ayah."

"Dan memori selalu membawa saya kembali ke ruang tamu rumah kami dengan kerja sekolah yang bertimbun menunggu Ayah pulang, sesekali menceritakan apa yang terjadi di sekolah pada hari itu."

"Sungguh pun letih, tidak pernah sekali pun saya terdengar ayah berkeluh-kesah. Dan selalunya Ayah akan menemani saya dan adik dengan kerja sekolah kami. Ayah akan duduk menemani hingga dia tertidur di sebelah kami. Begitu besar hati ayah."

"Semakin umur saya sendiri meningkat dewasa, semakin saya pasti Ayahlah insan yang paling saya hormati."

"Tidak. Bukan kerana Ayah berpangkat tinggi atau kaya dengan harta benda. Ayah tiada semua itu. Tapi kerana dialah lambang Ayah yang saya sendiri ingin jadi, mungkin satu hari nanti."

"Dan kerana dengan Ayahlah ingin saya terus berkongsi, jatuh dan bangun saya."

3 comments:

M e r p a t i B i r u said...

sedihnye...

AYAH!!!!

HAPPY FATHERS DAY TEECH

Airil Haimi Adnan a.k.a. Teech said...

And a Happy "Ayah" Day to your dad too Syikin :-)

May Allah SWT bless all our fathers, yang masih hidup mahu pun yang sudah pergi...

Wan Mohd Hafis said...

Happy Fathers Day...

Teringat dialog cerita Azura,

Jamal(Zack) : Saya bukan anak patung ayah. Itu tak boleh! ini tak boleh! Tanggungjawab ayah telah penuhi setelah membesarkan saya! Kehidupan saya hak saya! Dan segala-galanya adalah di tangan saya!

Copyright © 2008 - TeechConsult@BlogSpot - [v2.0] is tweaked by Teech Airil based on the Dilectio template with thanks to Smashing Magz, Design Disease and eblogtemplates. TeechConsult at Blogspot is proudly powered by Blogger, and mutually empowered by the | TeechConsult | collective. * Weblog online December 2008, updated April 2012 *