PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013
Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) kestabilan personaliti
Personaliti! Topik yang begitu menarik dibincangkan namun amat rumit untuk diperhalusi! Soalannya mudah, adakah anda memiliki personaliti yang stabil? Jika disuruh menaksir personaliti diri secara ikhlas dan tulus, mungkinkah anda berpuas hati dengan taksiran itu kelak? Atau mungkinkah anda akan berasa sedih dan tidak dapat menerima taksiran berkenaan?
Apabila berbicara tentang personaliti, destinasi yang dituju oleh semua orang adalah keseimbangan serta kestabilan. Walau sehebat mana pun seorang lelaki, jika personalitinya tidak seimbang, besar kemungkinan mentalnya juga tidak stabil. Dan jika mentalnya tidak stabil, sudah tentu lelaki itu akan membawa bahaya kepada dirinya dan orang lain di sekelilingnya.
Usaha ke arah kestabilan personaliti boleh dimulakan dengan menaksir aspek/ciri diri anda saat ini. Mungkin seseorang yang rapat dengan anda dapat membantu, sebagai contoh, emak anda, ayah anda, adik-beradik kandung anda, isteri anda atau mungkin juga teman-kekasih anda pada ketika ini (dengan syarat personaliti mereka semua baik lagi elok).

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]
Tanya kepada mereka dan minta pendapat mereka. Minta mereka beritahu kepada anda secara jujur, mungkinkah ada aspek/ciri personaliti anda yang tidak manis dipandang? Mungkinkah ada aspek/ciri personaliti anda yang memberi kesan negatif kepada mereka dan juga orang lain di sekeliling anda?
Pastikan anda membuka hati serta minda, kalau-kalau jawapan mereka tidak seperti yang diharap-harapkan. Memang lumrah hidup, kita tidak dapat melihat, menilai serta mengukur keburukan diri dengan mudah. Lebih parah lagi, ada pula segelintir lelaki yang narsisistik dan mereka langsung tidak dapat melihat aspek-aspek dan ciri-ciri yang buruk dalam diri mereka.
Pada pandangan mereka, segala-galanya cantik lagi indah. Merekalah yang paling baik, paling elok lagi mendekati kesempurnaan. Ini bahana apabila seseorang 'dijangkiti' sindrom narsisisme personaliti. Lebih berbahaya lagi, orang yang narsisistik tidakkan sedar bahawa dia dilanda sindrom narsisisme!
Pada masa yang sama, pastikan juga anda meminta mereka yang sayang dan mengambil berat tentang diri anda menaksir aspek/ciri personaliti anda yang memberi banyak kesan positif. Ini kerana aspek/ciri personaliti positif juga perlu dipertingkatkan kualitinya. Barulah nanti diri pada hari esok akan menjadi lebih baik berbanding hari ini.
Seperkara lagi, walau seburuk mana pun personaliti seseorang, tetap akan ada ciri/aspek yang baik lagi positif dalam dirinya. Ini adalah hakikat hidup manusia. Dipermudahkan cerita, setiap lelaki (dan juga wanita) ada potensi dalam dirinya untuk menjadi baik lagi elok (sebaliknya juga benar, setiap wanita dan lelaki ada potensi menjadi tidak baik, tidak elok). Segala-galanya terserah kepada yang empunya diri untuk membawa personaliti diri ke landasan sesuai.

Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) posisi dalam jaringan sosial
Posisi anda dalam jaringan sosial bererti anda sebagai anak kepada emak dan ayah anda. Sebagai abang atau adik kepada adik atau pun kakak serta abang anda. Anda sebagai cucu kepada tokwan dan maktok anda. Anda sebagai suami atau teman-kekasih kepada yang tersayang. Anda sebagai ayah. Anda sebagai seorang sahabat. Dan seterusnya...
Soalan saya, bilakah kali terakhir anda melihat, menilai dan mengukur posisi anda dalam jaringan sosial? Dipermudahkan cerita, bilakah kali terakhir anda menilai secara ikhlas dan juga kritis segala perhubungan, perkaitan dan peranan yang anda mainkan dalam jaringan sosial di sekeliling anda?
Misalnya, bilakah kali terakhir anda melakukan usaha untuk menyenangkan hati emak dan ayah anda? Jika anda tinggal beribu batu jauhnya daripada mereka (seperti saya), adakah anda sering bertanya khabar? Adakah anda tidak lupa mendoakan kesihatan, kesenangan dan kesejahteraan emak dan ayah anda, paling tidak sekali setiap hari?
Ini adalah usaha yang perlu demi revolusi diri. Posisi anda dalam jaringan sosial perlu dijaga, usaha berterusan perlu dilakukan untuk memastikan anda kelak tidak dipencilkan atau pun menjadi kera sumbang. Hakikatnya, anda dan saya, kita semua amat perlukan kehadiran orang lain lebih-lebih lagi mereka yang amat rapat, yang mengambil berat dan yang sayangkan diri kita.
Maka, setiap saat, minit dan jam perlu dimanfaatkan untuk memastikan anda sentiasa cuba menjaga posisi anda dalam jaringan sosial. Mungkin usaha-usaha anda kelak tidak dihiraukan oleh mereka. Mungkin juga segala kebaikan anda dibalas dengan perbuatan yang tidak elok, tidak manis.
Mungkin juga anda berasa tersisih dan berjauh hati dengan ahli keluarga sendiri, teman-kekasih anda serta sahabat-sahabat baik anda kerana mereka melakukan beberapa hal yang mengguris hati serta perasaan anda. Namun, dalam jaringan sosial, anda perlu terus cuba melakukan 1001 kebaikan! Anda perlu terus-menerus berusaha memberi kesenangan kepada orang lain di sekeliling diri anda.
Kenapa? Agar anda tidak hilang rasa kemanusiaan dalam diri. Tambahan pula, seperti kata orang tua-tua, ada hari yang menjadi hari orang lain, ada pula hari lain yang bakal menjadi hari anda. Entahkan esok, entahkan lusa, mungkin bulan hadapan, mungkin juga tahun yang akan datang - anda pasti akan memerlukan bantuan, dorongan dan sokongan daripada orang lain di sekeliling anda.
Kadang-kadang bantuan, dorongan dan sokongan datang secara tiba-tiba pada saat-saat anda amat memerlukannya. Mungkin juga ia datang daripada individu yang tidak anda kenali atau seseorang yang tidak rapat dengan anda. Percayalah, semakin anda menjaga posisi dalam jaringan sosial, semakin anda cuba melakukan kebaikan buat orang lain di sekeliling anda - kebaikan itu tidakkan hilang. Ia menunggu untuk dipulangkan apabila anda memerlukannya. Kalau tidak di dunia ini, tentu di alam selepas kita mati!
BAHAGIAN 1-5
Hakikat, realiti demi revolusi hidup laki-laki;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kesihatan fizikal.
BAHAGIAN 2-5
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kestabilan personaliti;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: posisi dalam jaringan sosial.
BAHAGIAN 3-5
Realiti hidup lelaki neomaskulin: keseimbangan mental;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kekayaan jiwa atau spiritual.
BAHAGIAN 4-5
Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #01 hingga item #25.
BAHAGIAN 5-5
Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #26 hingga item #50.
LIBRARI TEECHCONSULT
Akses seksyen 'Lelaki NeoMaskulin' untuk huraian dan juga penjelasan penuh inventori...
TEECHCONSULT @ NOTEPAD
Perenggan awal siri artikel 'Tahun baru, diri yang lama, versi kemaskini';
Rasional untuk memulakan revolusi dalam hidup Lelaki NeoMaskulin.
TEECHCONSULT @ WORDPRESS
Entri pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin.

0 comments:
Post a Comment