PETIKAN ruangan bulanan Bicara NeoMaskulin, majalah Maskulin (Karangkraf, M'sia)
siri LIMA artikel bertajuk 'TAHUN BARU, DIRI YANG LAMA, VERSI KEMASKINI'
edisi/keluaran bulan Disember 2012 hingga bulan April 2013
Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) keseimbangan mental
Kalau ditanya adakah keadaan mental anda seimbang, apakah jawapan yang akan anda berikan? Rata-rata kalau ditanya, semua orang tidak kira lelaki mahu pun perempuan akan mengatakan bahawa dirinya adalah lambang keseimbangan mental dan kestabilan jiwa. Akan tetapi, kalau dinilai secara kritis, misalnya oleh doktor perubatan jiwa, mungkin penilaian itu bakal memberi kejutan!
Kenapa? Kerana dua faktor. Pertama, tekanan hidup zaman pasca-milenium mendatangkan banyak kesan yang negatif kepada kesihatan mental anda dan juga saya. Kedua, individu yang agak tidak seimbang keadaan mentalnya sebenarnya lebih ramai dibandingkan dengan individu yang seimbang.
Statistik untuk faktor kedua di atas, agak sama dalam semua masyarakat yang maju dan sederhana maju di dunia. Dipercayai penyebab utama masalah jiwa dalam masyarakat adalah tekanan hidup sehari-hari, kemahuan diri yang tidak pernah berhenti dan keinginan (tanpa batasan) mencari kemewahan hidup dalam bentuk harta dan wang ringgit!

[KLIK tajuk untuk terus membaca / CLICK title to continue reading]
Penyebab-penyebab ini menyumbang secara langsung dan juga tidak langsung kepada insiden penyakit mental yang menular. Lebih menggusarkan kita, orang yang dilanda tekanan mental dan penyakit jiwa yang teruk mungkin kelihatan normal pada luarnya. Akan tetapi, di dalam hati dan minda dia boleh (dan akan) membawa bahaya kepada dirinya sendiri dan orang lain di sekelilingnya.
Soalan yang mungkin bermain di minda anda pada ketika ini, bagaimanakah cara untuk kita mengenali simptom ketidak-seimbangan mental dalam diri kita dan orang lain? Sebenarnya, ada banyak simptom atau petanda mental yang tidak seimbang. Senarai terpilih adalah seperti berikut...
Pertama, hilang minat secara tiba-tiba kepada aktiviti dan juga hobi yang selama ini amat disukai lagi menyenangkan diri. Kedua, produktiviti kerja yang menurun secara drastik di kuliah atau di tempat kerja. Ketiga, angin (mood) yang ekstrem atau di luar kebiasaan untuk individu berkenaan. Keempat, tidak mudah berasa sakit dan/atau selalu membayangkan diri cedera atau kemalangan. Kelima, perubahan tabiat makan secara mendadak misalnya hilang selera atau terlampau banyak makan.
Keenam, masalah untuk tidur dan mudah terjaga sewaktu tidur diikuti dengan serangan rasa panik (panic attacks) yang menyebabkan rasa sukar bernafas atau berpeluh tiba-tiba. Ketujuh, serangan panik semakin kerap ketika waktu berjaga diikuti dengan degupan jantung yang kuat tanpa sebab jelas. Kelapan, berasa teramat letih dan hilang tenaga tanpa sebab jelas. Kesembilan, mengasingkan diri dan tidak mahu mendekati atau didekati orang lain. Kesepuluh, berasa tidak senang berehat di rumah, berasa terperangkap, sentiasa mahu beraktiviti atau membuat diri menjadi sibuk.
Sepuluh simptom atau petanda ini kerap memberi gambaran seseorang individu sedang/telah dilanda gangguan mental/jiwa. Selain pakar perubatan jiwa, orang yang paling rapat dengan anda (misalnya, emak, ayah, ahli keluarga terdekat, teman-kekasih, dan sebagainya) lazimnya dapat melihat petanda-petanda ini dalam diri anda. Maka, minta mereka menilai dengan ikhlas dan tulus tahap keseimbangan mental anda, agar anda boleh memulakan proses revolusi diri.

Realiti hidup lelaki neomaskulin: (sfera) kekayaan jiwa atau spiritual
Saya bukanlah alim ulama (anda pasti sedar hakikat ini) dan seperti anda, saya juga kurang selesa berbicara tentang hal-hal spiritual. Bukan kerana kita miskin jiwa pastinya, tetapi disebabkan hal-hal spiritual, topik moral serta pegangan agama amat peribadi dan sensitif untuk diperbicarakan.
Namun, keadaan ini tidak mengubah hakikat bahawa kekayaan jiwa atau spiritual perlu menjadi ramuan terakhir proses revolusi hidup seorang lelaki neomaskulin. Walau anda kaya harta, kacak lagi tampan, biar betapa hebat pun anda di mata orang lain yang berada di sekeliling anda – kemiskinan jiwa dek kurangnya pegangan agama dan moral hanya memberi gambaran identiti diri yang lemah.
Tiada gunanya seorang lelaki kaya berharta, akan tetapi di dalam dirinya langsung tiada atau amat kurang rasa kasihan kepada orang lain yang kurang bernasib baik. Tidak kira berapa gunung emas dan platinum yang sudah dikumpul lelaki berkenaan, tiba saatnya dia (dan kita semua) akan kembali ke dalam tanah dari mana kita semua dijadikan.
Tiada gunanya juga jika seorang lelaki kacak lagi tampan dan berbadan segak lagi penuh bertenaga, kalau isi hatinya busuk dan penuh dengan tompok-tompok hitam. Keadaan fizikal yang sempurna tidak semestinya memberi gambaran kekayaan jiwa, malah orang yang miskin jiwanya adalah antara golongan yang paling taksub dan cepat teruja dengan hal-hal berbentuk fizikal semata-mata.
Akhir sekali, tiada gunanya seorang lelaki yang hebat di mata orang lain kerana lelaki itu memiliki banyak kelebihan (berbanding orang lain), jika kelebihannya hanya disimpan untuk diri sendiri atau famili dan ‘kroninya’ sahaja. Kelebihan dan keistimewaan diri yang tidak dimanfaatkan demi kebaikan orang lain, komuniti serta masyarakat adalah tanda paling jelas individu yang tiada kekayaan jiwa serta spiritual.
Tidak perlu hal ini dikupas dengan lebih lanjut, setuju? Anda sudah pasti sedar dan juga tahu usaha yang perlu dilakukan untuk meraih kekayaan jiwa serta spiritual. Anda juga sudah tentu faham betapa kekayaan jiwa serta spiritual dapat menjadikan diri kita semua lebih baik dan lebih elok berbanding hari semalam.
Ditambah dengan etika hidup sihat dan nilai-nilai moral sejagat, individu yang kaya jiwanya adalah individu yang kaya hidupnya dalam erti kata sebenar. Walaupun tidak sempurna, dia adalah insan yang sentiasa cuba memberi kebaikan kepada orang lain. Walaupun kadangkala dia gagal dalam usaha baiknya, sekurang-kurangnya dia orang yang insaf dan memiliki kesedaran untuk terus mencuba.
Jelas, anda dan saya, kita semua sebagai lelaki-lelaki dengan aspirasi neomaskulin wajib berusaha dengan keras demi meraih kekayaan jiwa atau spiritual. Malah, proses revolusi diri tidak akan lengkap dan kekal pincang tanpa inisiatif untuk meningkatkan kekayaan jiwa dan juga spiritual!
BAHAGIAN 1-5
Hakikat, realiti demi revolusi hidup laki-laki;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kesihatan fizikal.
BAHAGIAN 2-5
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kestabilan personaliti;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: posisi dalam jaringan sosial.
BAHAGIAN 3-5
Realiti hidup lelaki neomaskulin: keseimbangan mental;
Realiti hidup lelaki neomaskulin: kekayaan jiwa atau spiritual.
BAHAGIAN 4-5
Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #01 hingga item #25.
BAHAGIAN 5-5
Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin, item #26 hingga item #50.
LIBRARI TEECHCONSULT
Akses seksyen 'Lelaki NeoMaskulin' untuk huraian dan juga penjelasan penuh inventori...
TEECHCONSULT @ NOTEPAD
Perenggan awal siri artikel 'Tahun baru, diri yang lama, versi kemaskini';
Rasional untuk memulakan revolusi dalam hidup Lelaki NeoMaskulin.
TEECHCONSULT @ WORDPRESS
Entri pemberitahuan tentang Inventori Lapor Kendiri Revolusi Hidup Sang (Lelaki) NeoMaskulin.

0 comments:
Post a Comment